Pandangan ECB Terhadap Inflasi Berubah? Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’!

433

Dilaporkan bahawa para penggubal polisi Bank Pusat Eropah (ECB) secara asasnya masih kekal dengan pandangan bahawa lonjakan inflasi baru-baru ini hanyalah sementara namun sebilangan besar para penggubal polisi mengakui bahawa terdapat kebarangkalian pertumbuhan harga akan terus bertumbuh jauh mengatasi sasaran.

Pada bulan lalu, inflasi telah mencecah 3% iaitu paras di atas sasaran 2%. Sebilangan besar para penggubal polisi meramalkan bahawa inflasi boleh bertumbuh sehingga 3.5% pada bulan November sebelum melakukan penurunan tajam di bawah 2% untuk tahun-tahun akan datang.

Kenaikan harga komoditi, hambatan dalam bekalan dan tanda-tanda kekurangan pekerja yang semakin meningkat membawa tanda bahawa pertumbuhan harga pengunna akan bertumbuh lebih tinggi.

Naib Presiden ECB, Luis de Guindos memberi amaran kepada bank agar waspada terhadap risiko kenaikan harga sementara menjadi kenaikan harga yang kekal.

Guindos dalam masa yang sama turut memberi amaran terhadap harga komoditi dan hambatan pengeluaran yang berisiko menimbulkan kesan “pusingan kedua” dalam inflasi. Pengurus bank pusat Greece, Yannis Stournaras turut mengakui bahawa kenaikan harga sebenar boleh melebihi unjuran ECB.

Selama hampir satu dekad, bacaan inflasi berada di bawah paras sasaran. Justeru dengan kenaikan inflasi yang ketara, bank pusat berkemungkinan tidak akan mengambil langkah yang lebih awal bagi mengelakkan risiko.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat