Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 1 – 5 Jun 2015

49

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar AS meningkat secara menyeluruh, tetapi tidak dapat mengekalkan kenaikannya pada minggu terakhir Mei. Minggu pertama bulan Jun pula dipenuhi data-data ekonomi utama seperti penumpuan penuh kepada NFP AS, keputusan “interest rate” di Australia, UK dan Euro-Zone disamping beberapa data lain.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Anggaran GDP kedua AS telah pun dilaporkan, menunjukkan ekonomi menguncup 0.7% pada suku pertama, di tengah-tengah ribut musim sejuk yang teruk, Dollar yang kukuh telah mengekang eksport dan pertikaian pekerja di pelabuhan Pantai Barat. Walaupun anggaran GDP pertama sebulan yang lalu, menunjukkan pertumbuhan 0.2%, ahli ekonomi mengatakan bacaan GDP suku pertama adalah tidak tepat dan menjangkakan peningkatan dalam suku akan datang. Juga data pesanan barangan tahan lama yang lebih baik dan sentimen pengguna yang optimis memberikan harapan kepada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Isnin, 10:00 Malam

ISM Manufacturing PMI AS:  Pertumbuhan pengeluaran AS kekal tidak berubah pada bulan April, iaitu 51.5. Bacaan itu lebih rendah daripada 52.1 yang dijangkakan oleh penganalisis. Pesanan baru meningkat kepada 53.5 daripada 51.8 pada bulan Mac tetapi jumlah pekerjaan jatuh merudum. Walau bagaimanapun, angka April masih mencerminkan pertumbuhan. Sektor pembuatan dijangka terus berkembang kepada 52.8.

Selasa, 12:30 Tengah Hari

Interest rate Australia: Reserve Bank of Australia menurunkan “interest rate” sebanyak 25 mata asas kepada rekod terendah 2% dalam mesyuarat awal Mei lalu, seperti yang dijangkakan oleh ramai penganalisis. Gabenor RBA Glenn Stevens berkata dalam kenyataannya sebelum ini, bahawa penurunan tambahan mungkin berlaku bagi mengekalkan pertumbuhan. Walau bagaimanapun, ahli ekonomi tidak mengharapkannya pada bulan-bulan akan datang. Penganalisis menjangkakan “interest rate” kekal tidak berubah pada bulan Jun.

Rabu, 9:30 Pagi

GDP Australia:  Ekonomi Australia terus berkembang pada kadar yang sederhana pada suku keempat tahun 2014, meningkat 0.5% berbanding dengan 0.4% pada suku ketiga. Pakar ekonomi menjangkakan angka yang lebih tinggi sebanyak 0.7%. Data yang menggalakkan dalam sektor bukan perlombongan dan perbelanjaan pengguna juga bertambah baik. Walau bagaimanapun, permintaan dalam negeri yang masih belum bertindak balas kepada “interest rate” yang lebih rendah, harga petrol yang lebih rendah dan mata wang yang lebih lemah. Oleh itu ianya mungkin memerlukan penurunan tambahan untuk merangsang pertumbuhan. Ekonomi negara kangaroo itu dijangka berkembang sebanyak 0.6% buat masa ini.

Rabu, 7:45 Malam

Interest rate Euro-Zone:  Bank Pusat Eropah mengekalkan “interest rate” tidak berubah pada bulan April, pada rekod rendah 0.05% dan mengekalkan kadar deposit semalaman pada -0.20%, untuk mengelakkan bank-bank dari menyimpan rizab berlebihan dengan bank pusat. Encik Draghi menyatakan bahawa Euro-Zone akhirnya bertukar arah setelah bertahun-tahun mengalami kemelesetan ekonomi, tetapi ini tidak bermakna dasar kewangan bakal berubah. Euro yang lemah mendorong eksport kerana produk yang lebih murah, dan harga minyak yang rendah meningkatkan kuasa beli pengguna dan perniagaan di rantau itu. ECB dijangka menyuntik lebih €1 trillion sehingga September 2016, ke dalam ekonomi Euro-Zone melalui pembelian bon dengan harapan untuk meningkatkan kembali inflasi ke sasaran jangka sederhana ECB, di bawah 2%. ECB dijangka tidak akan mengubah “interest rate” buat masa ini.

Rabu, 8:15 Malam

ADP Non-Farm Payroll AS:  Pekerjaan di sektor swasta AS meningkat sebanyak 169 ribu pada bulan April, menurut Laporan Pekerjaan Kebangsaan ADP. Bacaan itu meleset dari ramalan untuk kenaikan sebanyak 199 ribu dan telah didahului oleh peningkatan sebanyak 175 ribu pada bulan Mac. Kenaikan pekerjaan pada April jatuh di bawah 200 ribu untuk dua bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, kejatuhan harga minyak dan nilai Dolar yang semakin meningkat memberi kesan kepada peluang pekerjaan. Sektor swasta AS dijangka berkembang sebanyak 200 ribu pekerjaan pada bulan Mei.

Rabu, 8:30 Malam

Imbangan Perdagangan AS:  Defisit perdagangan AS meningkat pada bulan Mac kepada $51.4 billion disebabkan oleh peningkatan import sebanyak 7.7%. Defisit perdagangan mencapai paras tertinggi dalam 6 1/2 tahun, menunjukkan ekonomi yang menguncup pada suku pertama. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi yang pesat pada bulan April, menunjukkan penguncupan suku pertama hanya sementara. Ahli ekonomi meramalkan defisit perdagangan meningkat sedikit kepada $41.2 billion. Dalam laporan yang berasingan, Institut Pengurusan Bekalan menunjukkan sektor perkhidmatan meningkat kepada 57.8 pada bulan April, yang tertinggi sejak November. Sementara itu, eksport meningkat hanya sebanyak 0.9% pada bulan Mac. Defisit perdagangan AS dijangka bertambah baik kepada $44.2 billion pada bulan April.

Rabu, 10:00 Malam

ISM Non-Manufacturing PMI AS:  Aktiviti sektor perkhidmatan AS meningkat pada bulan April kepada 57.8 dari 56.5 pada bulan Mac. Peningkatan itu adalah lebih tinggi daripada 56.2 diramalkan oleh penganalisis. Bacaan itu menyebabkan pasaran optimis bahawa ekonomi AS telah pulih dari kelembapan pada suku pertama. Indeks Pesanan Baru meningkat 1.4 mata kepada 59.2. Indeks Pekerjaan menokok 0.1 mata kepada 56.7 dari bacaan Mac sebanyak 56.6. Indeks Harga susut 2.3 mata daripada 52.4 mencecah 50.1, menunjukkan harga meningkat pada bulan April untuk dua bulan berturut-turut, tetapi sedikit. Aktiviti sektor perkhidmatan AS dijangka mencapai 57.2 kali ini.

Khamis, 7:00 Malam

Interest Rate UK:  Bank of England memilih untuk terus mengekalkan “interest rate” pada paras terendah iaitu 0.50%, dan dasar ini telah diperkenalkan lebih daripada enam tahun yang lalu. Penyimpan menerima pulangan yang lebih rendah, tetapi ianya memberi manfaat kepada peminjam perumahan yang membuat bayaran semula yang lebih rendah. QE Bank kekal pada £375 billion dan BoE dijangka meningkatkan inflasi kepada 2%, walaupun ianya berada pada 0% pada Februari dan Mac lalu. Pegawai menyatakan bahawa inflasi juga boleh bertukar negatif pada satu ketika dalam beberapa bulan akan datang, kerana kejatuhan harga minyak. Bank menjangkakan “interest rate’ akan terus kekal sehingga sekurang-kurangnya suku pertama tahun depan. Ahli ekonomi menjangkakan Bank of England akan mengekalkan dasar kewangan sedia ada.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika Syarikat yang memfailkan tuntutan baru untuk bantuan pengangguran meningkat minggu lepas kepada 282 ribu, meningkat lebih daripada yang dijangkakan tetapi kekal positif. Penganalisis menjangka tuntutan menurun kepada 271 ribu. Walaupun bacaan mingguan ini turun naik, jumlah tuntutan pengangguran telah menurun secara umum sejak 2009, menunjukkan trend positif dalam pasaran buruh AS. Purata bergerak empat minggu meningkat sebanyak 5 ribu hingga 271,500 minggu lepas. Jumlah tuntutan pengangguran dijangka mencecah 277 ribu minggu ini.

Jumaat, 8:30 Malam

Data pekerjaan Kanada:  Pasaran pekerjaan Kanada susut 19,700 jawatan pada bulan April. Laporan yang mengecewakan ini dapat dijelaskan oleh kenaikan yang tidak dijangka sebanyak 28,700 pekerjaan pada bulan Mac. Walau bagaimanapun, data ekonomi yang lebih luas, masih menunjukkan ekonomi Kanada sedang pulih dan perlu bangkit semula pada bulan-bulan akan datang. Kadar pengangguran kekal tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut pada kadar 6.8%. Ekonomi Kanada menambah 46,900 jawatan sepenuh masa dan kehilangan 66,500 pekerjaan sambilan. Ekonomi Kanada dijangka mendapat 10,200 pekerjaan baru, manakala kadar pengangguran dijangka kekal pada 6.8%.

Non-Farm Payroll AS: Sektor pekerjaan AS meningkat semula pada bulan April dengan tambahan sebanyak 223 ribu pekerjaan, selepas laporan yang mengecewakan pada Mac lalu dikemaskini kepada 85 ribu jawatan. Kadar pengangguran jatuh kepada 5.4%, paling rendah sejak Mei 2008, berbanding dengan 5.5% pada Mac. Pertumbuhan upah meningkat pada kadar yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan, iaitu 0.1% dalam pendapatan setiap jam purata, berbanding dengan kenaikan 0.2% pada bulan Mac. Apapun, laporan NFP menunjukkan bahawa ekonomi sedang menghampiri guna tenaga penuh seperti yang ditakrifkan oleh Federal Reserve. Pasaran buruh AS dijangka berkembang sebanyak 224 ribu pekerjaan dan kadar pengangguran dijangka kekal pada 5.4%.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat