• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Pandangan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Minggu Ini (28 Nov-2 Dis)

Pandangan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Minggu Ini (28 Nov-2 Dis)

4 December 2016
Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

Selepas 3 Tahun Menunggu: Bank of Canada Naik Kadar Faedah Kepada 2.50%!

28 October 2026
Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

28 October 2026
Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

28 October 2026
Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

28 October 2026
Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

28 October 2026
Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

28 October 2026
FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

28 October 2026
BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

28 October 2026
Harga Minyak Kekal Tinggi, Pilihan Raya Israel Jadi Penentu

Harga Minyak Kekal Tinggi, Pilihan Raya Israel Jadi Penentu

28 October 2026
Harga Emas Kekal Di Atas $4,000 Menjelang FOMC

Harga Emas Kekal Di Atas $4,000 Menjelang FOMC

28 October 2026
Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

28 October 2026
Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

Perangkap Pilihan Raya Menanti? Pasaran Kripto Terumbang-ambing!

27 October 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Thursday, 29 October 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas

    Kevin Warsh ‘Buka Mulut’ di Jackson Hole: Sedia Naikkan Kadar?

    Kadar Faedah Bakal Dibekukan? Apakah Sebab Mengapa The Fed Ingin Melengahkannya

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    Bank Pusat “Superweek”: 5 Keputusan Kadar Faedah Bakal Gegarkan Pasaran!

    Bank Pusat “Superweek”: 5 Keputusan Kadar Faedah Bakal Gegarkan Pasaran!

    Ringkasan Pagi: Dolar di Persimpangan Iran, Minyak dan Fed

    Ringkasan Pagi: Dolar di Persimpangan Iran, Minyak dan Fed

    Dilema Berganda Bank Pusat: Jualan Runcit Kanada Melonjak, Tekanan Harga A.S. Meningkat

    Dilema Berganda Bank Pusat: Jualan Runcit Kanada Melonjak, Tekanan Harga A.S. Meningkat

    Euro Terus Tertekan, Hala Tuju Kadar Faedah Jadi Perhatian 

    Euro Terus Tertekan, Hala Tuju Kadar Faedah Jadi Perhatian 

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Perangkap Pilihan Raya Menanti? Pasaran Kripto Terumbang-ambing!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    BTC Sukar Pulih & XRP Berdepan Risiko Jatuh Lebih Rendah?

    BTC Menanti Keputusan Fed, XRP Belum Mampu Bangkit

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC Pulih Selepas Kejatuhan, XRP Hampiri Paras Kritikal $1.26

    Kejatuhan Saham Teknologi Goncang Kripto, BTC & XRP Jadi Tumpuan

    Kejatuhan Saham Teknologi Goncang Kripto, BTC & XRP Jadi Tumpuan

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    $60 Bilion Lenyap Dalam Sekelip Mata! Mampukah Bitcoin Pertahan Benteng $80K?

    BTC & XRP Bangkit, Mampukah Pemulihan Bertahan?

    BTC & XRP Bangkit, Mampukah Pemulihan Bertahan?

    Bitcoin Tembus $83,600 Semula! Ramalan Nahas Tidak Bakal Berlaku?

    Bitcoin Tembus $83,600 Semula! Ramalan Nahas Tidak Bakal Berlaku?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Matawang Berita Kalendar Ekonomi

Pandangan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Minggu Ini (28 Nov-2 Dis)

Team INTRADAY by Team INTRADAY
4 December 2016
in Berita Kalendar Ekonomi
0
Pandangan Kalendar Ekonomi yang Telah Berlaku Minggu Ini (28 Nov-2 Dis)
5
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Pasaran tukaran matawang (Foreign exchange market) pada minggu ini agak sibuk dengan laporan data-data petunjuk ekonomi dari ekonomi terbesar dunia US. Data-data US ini menunjukkan bacaan yang baik seperti laporan KDNK, Indeks keyakinan pengguna, Data pekerjaan ADP, Indeks aktiviti sektor pembuatan, dan akhir sekali data terpenting yang ditunggu-tunggu oleh pasaran setiap bulan iaitu data pekerjaan NFP yang dilaporkan bercampur-campur.

Walaupun data-data ini menunjukkan peningkatan yang kukuh secara keseluruhan, namun masih tidak dapat meneruskan momentum pengukuhan US dolar sejak pilihanraya lepas. Tim Clayton, penganalisis ekonomi di Investica ltd UK mengatakan pasaran telah pun bergerak ke-arah (priced-in) kenaikan kadar US sepenuhnya. Tambahnya lagi dalam komen sebelum laporan NFP, yang mana data memerlukan bacaan yang begitu tinggi untuk membawa USD ke atas lagi. Hal ini dapat kita lihat pada Jumaat lepas, data NFP yang positif gagal menguatkan USD walaupun kadar pengangguran yang dicatatkan begitu rendah.

Jika dilihat dengan teliti US dolar sebenarnya telah melemah berbanding matawang utama yang lain setelah menguat sejak pemilihan Donald Trump sebagai Presiden. US dolar kehilangan momentum kenaikan sejak dua minggu ini yang mungkin disebabkan aktiviti pengambilan keuntungan berikutan penguatan USD yang begitu mendadak. Walaupun begitu, pasaran masih melihat sentimen penguatan USD berikutan kenaikan kadar yang begitu pasti dalam mesyuarat FOMC 14 Disember ini.

Berikut adalah julat pergerakan pasangan matawang (currency pair) utama dunia minggu ini dan minggu lepas agar anda dapat melihat perbezaan antara kedua-dua minggu tersebut.

21-25 November 28 Nov – 2 Dis
Eur/Usd – Jatuh (Ranging) 140 pip Eur/Usd – Naik 145 pip
Usd/Jpy – Jatuh (Ranging) 138 pip Usd/Jpy – Naik 345 pip
Gbp/Usd – Naik 218 pip Gbp/Usd – Naik 350 pip
Usd/Chf – Naik 117 pip Usd/Chf –  Jatuh (Ranging) 130 pip
Usd/Cad – Naik 160 pip Usd/Cad – Jatuh 292 pip
Aud/Usd – Naik 153 pip Aud/Usd –  Ranging 125 pip
Nzd/Usd – Naik 110 pip Nzd/Usd – Naik 139 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Ucapan Mario Drahi, Isnin

Beliau mengatakan keadaan ekonomi di zon Eropah masih berdaya tahan pada 2016 walupun dengan ketaktentuan ekonomi dan politik pada masa ini. Beliau menegaskan bahawa polisi monetari sahaja tidak mampu untuk memberi pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan bagi meningkatkan keberkesanan polisi monetari ini, polisi fiskal diperlukan untuk sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, ekonomi UK yang kurang terbuka akan memberi risiko dalam perdagangan , migrasi dan pelaburan langsung asing (FDI) yang akan memberikan impak negatif terhadap inovasi , persaingan, produktiviti dan keluaran maksimum di UK.

  • Ucapan Gabenor Poloz, Selasa

Dalam ucapan Gabenor Bank Pusat Kanada (BoC) pagi tadi, Poloz mengatakan sektor perkhidmatan yang semakin meningkat akan terus menstabilkan ekonomi Kanada. Polisi monetari telah membantu pemulihan ekonomi  dan pengembangan aktiviti perkhidmatan yang akan menjadi pemacu utama ekonomi pada tahun-tahun akan datang. Poloz mengatakan yang dia begitu yakin dan percaya penigkatan dan pengembangan sektor perkhidmatan akan menuju ke arah pemulihan ekonomi yang sepenuhnya dan ekonomi yang lebih kukuh di Kanada.

  • Data KDNK US, Selasa

Data menunjukkan pertumbuhan KDNK sebanyak 3.2% berbanding bacaan sebelum ini yang dikeluarkan Ogos lepas yang mencatatkan bacaan 2.9%, manakala jangkaan penganalisis pada bacaan kali ini ialah 3.0%. Pelaburan keseluruhan meningkat 2.1% pada suku ketiga ini berbanding kiraan pertama sebanyak 3.1%. Perbelanjaan modal melonjak walaupun terdapat kelemahan dalam perbelanjaan peralatan yang merosot sejak empat suku yang lepas. Manakala eksport bersih memberikan sumbangan positif kepada data kali ini, yang mana perbelanjaan kerajaan juga meningkat sebanyak 0.2%

  • Indeks Keyakinan Pengguna, Selasa

indeks keyakinan pengguna (Consumer confidence) meningkat begitu tinggi ke paras 107.1 pada November dari 100.8 pada Oktober. Jangkaan penganalisis bagi data ini ialah 101.3. Peningkatan dalam keyakinan ini akan melonjakkan perbelanjaan pengguna dan juga pasaran buruh walaupun korelasi antara keduanya tidak begitu kuat. Pasaran juga akan melihat data bulan ini, sama ada data menunjukkan impak pilihanraya baru-baru ini kepada keyakinan pengguna.

  • Laporan Kestabilan kewangan dan Ucapan Gabenor, Rabu

RBNZ masih lagi mengutarakan kebimbangan dengan keadaan semasa dalam sektor perumahan. Harga rumah kepada nisbah pendapatan adalah yang tertinggi di dunia di paras 9.6 merujuk kepada data terkini. Harga rumah dilihat meneruskan kenaikan di bahagian-bahagian lain negara ini dengan peningkatan harga tahunan sebanyak 10%. Sektor perbankan mempunyai dana modal dan keuntungan yang masih tinggi, tetapi kebergantungan terhadap pasaran luar negara yang meningkatkan dana asing (wholesale funding) akan menyebabkan bank di NZ terdedah dengan peningkatan kos dan mengurangkan akses kepada dana, semasa pasaran global berada dalam turun-naik (volatility). Manakala dalam sektor tenusu yang merupakan industri terbesar di New Zealand, peningkatan harga sejak beberapa bulan lepas sepatutnya telah menguntungkan sektor ini semula. Walau bagaimanapun, peningkatan hutang yang tinggi yang bermula sejak dua tahun lepas menjadikan sektor ini mungkin berhadapan dengan kejutan di masa hadapan.

Graeme Wheeler menjangkakan inflasi pengguna akan bergerak semula ke paras sasaran pada Disember berikutan kadar faedah yang berada di paras terendah yang telah memberikan tekanan menaik kepada harga pengguna. Indeks Harga Pengguna (CPI) di Wellington meningkat hanya 0.2% pada suku ketiga dengan peningkatan 0.4% pada suku kedua. RBNZ juga tidak akan teragak-agak utnuk melonggarkan polisi monetarinya. Untuk rekod RBNZ telah memotong kadar (cash rate) sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 pada 10 November lepas.

  • Mesyuarat OPEC, Rabu

Menteri minyak OPEC bermesyuarat di Vienna untuk memuktamadkan pemotongan pengeluaran minyak mentah dunia. OPEC bersetuju untuk memotong keluaran minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari. Selain itu, satu lagi berita yang mengejutkan pasaran minyak global apabila Indonesia digantung dari pertubuhan ini.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua Indonesia keluar dari pertubuhan ini setelah menyampaikan hasrat untuk keluar pada tahun 2009. Indonesia telah menjadi ahli OPEC selama hampir 50 tahun sebelum keluar pada tahun tersebut. Selain itu, Indonesia juga baru sahaja menyertai OPEC pada tahun ini sejak kali terakhir keluar pada 2009.

  • Data Pekerjaan ADP, Rabu

ADP melaporkan sejumlah 216,00 pekerjaan baru dicatatkan dalam sektor swasta pada November. Catatan ini adalah jumlah tertinggi sejak Jun lepas. Untuk pengetahuan pembaca data yang dicatatkan pada Oktober iaitu sebanyak 147,000 telah dikaji semula dan dilaporkan data sebenar ialah 119,000. Data ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis iaitu 161,000.

  • Data KDNK Kanada, Rabu

Peningkatan sebanyak 0.3% pada September yang merupakan pertumbuhan positif selama empat bulan berturut-turut. Kenaikan ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis sebanyak 0.1% dan pertumbuhan tahunan meningkat ke paras 1.9%. Industri pengeluaran barangan merekodkan kenaikan 1.1% pada September walaupun peningkatan keseluruhan berada di paras 1.4%. Dalam industri minyak dan gas sebanyak 2.7% peningkatan dicatatkan dan menyumbangkan pertumbuhan 3.6% dalam bacaan tahunan yang mana sektor tenaga merekodkan peningkatan sebanyak 6.5%.

  • Data Inventori minyak EIA, Rabu

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 0.9 juta tong minggu ini berbanding 1.3 juta penyusutan pada minggu lepas.

  • Indeks (PMI) sektor pembuatan China, Khamis

Ekonomi China berkembang dalam kadar terpantas pada November dengan aktiviti pembuatan mencapai paras tertinggi sejak beberapa tahun lepas dan pertumbuhan dalam perkhidmatan menunjukkan pengukuhan yang berterusan. Indeks Purchasing Managers (PMI) atau panggilan rasminya Beijing’s official manufacturing purchasing managers’ index, meningkat kepada 51.7 pada November berbanding bacaan pada bulan sebelum iaitu 51.2. Bacaan pada bulan ini merupakan rekod tertinggi sejak pertengahan 2014.

Indeks Caixin yang mengira tahap keadaan aktiviti pembuatan berkembang pada kadar sederhana pada November. Bacaan kali ini menunjukkan pertumbuhan dalam sektor tradisional yang terus memacu lonjakan ekonomi kepada ekonomi kedua terbesar dunia ini. Indeks Caixin Purchasing Managers (PMI) ini mencatatkan bacaan sebanyak 50.9 pada November berbanding bulan lepas 51.2. Walaupu begitu, impak indeks masih dilihat positif kerana jangkaan penganalisis yang berada di paras 50.9. Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

  • Data Jobless claims, Khamis

Jabatan Buruh US melaporkan 268,000 laporan pengangguran (Jobless claims) dicatatkan bagi minggu berakhir pada 26 November yang menunjukkan peningkatan sebanyak 17,000 berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 251,000. Data yang dikeluarkan ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis sebanyak 252,000.

  • Data PMI Sekor pembuatan US, Khamis

Data yang dikeluarkan oleh Institute for Supply Management ini melaporkan bacaan indeks yang meningkat ke paras 53.2 dari 51.9 sebelum ini. Bacaan di atas 50 menggambarkan industri yang sedang berkembang manakala sebaliknya bacaan di bawah 50. Dalam masa yang sama, pemulihan dalam pelaburan perniagaan akan dapat membantu kepada prospek yang lebih cerah di pihak pengeluar. Industri juga mungkin akan terkena tempias semula berikutan penguatan nilai US dolar yang akan mengurangkan permintaan terhadap barangan US dalam pasaran eksport.

  • Jualan Runcit Australia, Khamis

Jualan runcit Australia meningkat pada Oktober yang menyaksikan peningkatan tiga bulan berturut-turut. Peningkatan ini menunjukkan pengukuhan pertumbuhan perbelanjaan pengguna. Jualan runcit meningkat sebanyak 0.5% kepada $25.616 billion tanpa mengambilkira jualan musim perayaan (seasonally adjusted) lebih rendah dari catatan September iaitu 0.6%. Penganalisis menjangkakan peningkatan jualan runcit sebanyak 0.3%. Jualan runcit merupakan data yang mempunyai hubungkaiit yang tinggi dengan perbelanjaan pengguna yang merupakan 50% daripada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara Australia.

  • Data PMI sektor pembinaan UK, Khamis

Indeks Purchasing Manager (PMI) bagi bulan November mencatatkan peningkatan dari 52.8 dari 52.6 bulan Oktober. Bacaan ini merupakan catatan lebih tinggi berbanding jangkaan penganalisis sebanyak 52.2 dan tertinggi sejak lapan bulan lepas. Aktiviti perniagaan dan tempahan baru meningkat dalam kadar tertinggi sejak Mac 2016 dan terdapat kejatuhan mendadak dalam aktiviti pembekal. Terdapat tanda pengukuhan dalam aktiviti dalam sektor pembinaan perumahan, walaupun kadar pengembangan masih sederhana. Sektor komersial pulan mencatatkan peningkatan pertama sejak enam bulan lepas.

  • Data pekerjaan Kanada, Jumaat

Gunatenaga di Kanada meningkat 10,700 orang pada November. Data positif ini adalah peningkatan selama empat bulan berturut-turut termasuk 43,900 peningkatan yang dicatatkan pada bulan sebelum. Jangkaan penganalisis bagi data kali ini ialah kejatuhan sebanyak 16,500 pekerjaan. Kadar pengangguran jatuh kepada 6.8% dari 7.0% bulan sebelum, sementara kadar penyertaan dalam keseluruhan tenaga buruh (participation rate) jatuh kepada 65.5% dari 65.8%. Participation rate ialah jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja dan aktif mencari pekerjaan di dalam sesebuah Negara.

Walaubagaimanapun, data pada hari ini masih mengecewakan disebabkan kejatuhan dalam jumlah pekerjaan sepenuh masa sebanyak 8,700, manakala pekerjaan sambilan pula meningkat sebanyak 19,400.

  • Data pekerjaan NFP US, Jumaat

Gunatenaga dalam sektor swasta meningkat pada November, manakala kadar pengangguran US jatuh ke paras terendah sejak sembilan tahun lepas berikutan pengurangan jumlah penduduk yang sedang mencari pekerjaan.  Kadar upah pula mencatatkan kejatuhan 0.1% berbanding bulan Oktober yang meningkat 0.2%.

Tambahan 178,000 dalam pasaran buruh US dengan catatan bulan lepas yang juga meningkat 142,000. Jangkaan oleh Bloomberg bagi data hari ini ialah 180,000. Kadar pengangguran jatuh 0.3% kepada 4.6% dari 4.9% pada bulan Oktober. Peningkatan sederhana dalam pasaran buruh memberikan isyarat kepada ekonomi bahawa syarikat-syarikat masih sudi untuk mengambil pekerja sebelum dan selepas pilihanraya 8 November lepas.

ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

by Team INTRADAY
28 October 2026
0

Awal pagi Khamis ini, jam 2.00 pagi, pengumuman FOMC bakal menjadi tumpuan pasaran. Apa yang sedang diperhatikan pasaran, dan bagaimana...

Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

by Team INTRADAY
28 October 2026
0

Apa yang berlaku semalam? Harga Brent mengekalkan sebahagian besar penurunan daripada sesi sebelumnya apabila pedagang menilai usaha meredakan ketegangan di...

Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

by Team INTRADAY
27 October 2026
0

Harga minyak mentah meneruskan penurunan selepas Brent ditutup pada AS$115.81 setong pada Isnin, di bawah paras AS$116. WTI turut susut...

Bank Pusat “Superweek”: 5 Keputusan Kadar Faedah Bakal Gegarkan Pasaran!

Bank Pusat “Superweek”: 5 Keputusan Kadar Faedah Bakal Gegarkan Pasaran!

by Team INTRADAY
26 October 2026
0

Pasaran mata wang berdepan minggu yang padat apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Bank of Canada, Reserve Bank of New...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

28 October 2026
Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

28 October 2026
Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

28 October 2026
Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

Selepas 3 Tahun Menunggu: Bank of Canada Naik Kadar Faedah Kepada 2.50%!

0
Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

0
Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

0
Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

Selepas 3 Tahun Menunggu: Bank of Canada Naik Kadar Faedah Kepada 2.50%!

28 October 2026
Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

28 October 2026
Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

28 October 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.