Pandangan Ringkas News Penting NFP Malam Ini!

63

Malam ini 6 Januari 2017, jam 9.30 malam, Jabatan Statistik Buruh U.S. akan mengumumkan laporan NFP yang dijangka akan menambah sebanyak 175,000 pekerjaan, manakala kadar pengangguran diramalkan naik 0.1% kepada 4.7% daripada 4.6% bulan sebelum. Average hourly earnings (upah kerja per jam) pula dijangkakan naik 0.4% kepada 0.3% dari penyusutan 0.1% bulan lalu.

Laporan data pengangguran dan average hourly earnings juga harus diberi perhatian. Perbezaan data yang signifikan berbanding nilai jangkaan mampu memberi impak yang besar kepada pasaran.

Para Trader juga perlu berhati-hati dengan laporan yang tidak sejajar dalam ketiga-tiga data ini. Contohnya, data perubahan jumlah pekerjaan adalah tidak baik dalam masa yang sama data average hourly earnings (upah kerja per jam) pula positif ataupun meningkat.

Maksudnya, pertambahan pekerjaan berkurangan tetapi kadar upah meningkat yang menunjukkan pasaran buruh yang tak meyakinkan tetapi gaji pekerja dinaikkan. Pattern data seperti ini selalunya akan menyebabkan spiked atas dan bawah selepas data NFP dikeluarkan. Hal inilah yang perlu diberi perhatian oleh trader.

Malam ini data average haouly earnings akan menjadi tumpuan pasaran dan khususnya The Fed. Peningkatan dalam pendapatan untuk memberi isyarat bahawa ekonomi sedang mengukuh. Peningkatan dalam pertumbuhan pendapatan akan menjadi isyarat kepada kenaikan kadar inflasi di US.

Apa yang penting untuk dilihat dalam laporan NFP malam ini adalah, sama ada data yang dikeluarkan menyokong kenaikan kadar ataupun tidak. Jika data yang dikeluarkan adalah baik akan menguatkan kebarangkalian kenaikan kadar dengan lebih pantas.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat