Panik! Korea Utara Terima Kes Pertama COVID-19

459

Korea Utara kini panik apabila dilaporkan wilayah itu telah diceroboh oleh seorang individu yang disyaki dijangkiti wabak COVID-19, mendorong kepada pemerintah Kim Jong Un melaksanakan perintah berkurung.

Dikatakan individu tersebut, yang memiliki warganegara Korea Utara telah masuk semula ke wilayah itu pada 19 Julai lalu setelah menetap di Korea Selatan selama tiga tahun.

Susulan daripada penceborohan itu, Kim dilaporkan telah melancarkan siasatan terhadap situasi yang berlaku dan pada Ahad, pihak penguatkuasa Korea Selatan memberitahu kemungkinan individu tersebut telah masuk ke wilayah Korea Utara secara haram.

Individu itu dilaporkan sedang berada di bawah pengawasan kuarantin ketat bersama kontak rapat, termasuk mereka yang berada di sekitar Bandar Kaesong yang terletak di sempadan Korea Selatan lima hari lalu.

Jika keputusan ujian koronavirus positif, secara tidak langsung menjadi kes pertama yang direkodkan di wilayah tersebut.

Situasi ini membimbangkan berikutan Korea Utara memiliki kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi untuk menangani penularan wabak berkenaan.

Sehingga kini wabak koronavirus mencatat 16, 412, 815 kes dengan 652,039 pesakit telah kehilangan nyawa sehingga kini.

Sebelum ini, pada awal Julai Kim telah mengumumkan kejayaan negara mereka menangani wabak tersebut setelah enam bulan menjalankan perintah berkurung, dengan penutupan seluruh sempadan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat