Pantang Mundur Sebelum Berjuang! Lihat Sentimen Hari Ini Dulu

636

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan US dolar didagangkan stabil berbanding kebanyakan matawang utama selepas menyaksikan penyusutan pasaran saham AS dari paras tertinggi.

Belum cukup satu minggu di bawah pentadbiran baru, para pelabur telah mula bimbang tentang kemampuan Presiden Joe Biden untuk menyampaikan pakej rangsangan $1.9 trilion dan mengedarkan 100 juta vaksin dalam 100 hari pertamanya.

Ini susulan masalah yang timbul dalam pelancaran vaksin yang perlahan di banyak negeri berikutan kekangan bekalan.

Terdahulu, Pengarah Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran pada hari Ahad bahawa kerajaan persekutuan tidak tahu berapa banyak vaksin coronavirus yang ada di negara itu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan stabil apda 90.23.

Sementara itu, kegiatan ekonomi di Zon Eropah yang merosot dengan ketara pada bulan Januari berikutan sekatan lebih ketat menyebabkan dagangan matawang euro di bawah tekanan.

Pengukuhan matawang pound juga terbatas berikutan kelemahan data ekonomi UK yang menunjukkan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang terjejas akibat penutupan kedua di negara itu.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson juga memberitahu pada hari Jumaat bahawa terdapat bukti, menyatakan varian baru Covid-19 yang dikesan di UK pada akhir tahun lalu dapat dikaitkan dengan kematian lebih tingggi.

Di sisi lain, matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand susut pada sesi Asia berikutan kebangkitan semula US dolar dan kebimbangan terhadap sentimen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat