Para Trader GBP Mula Siap Sedia – Dalam Beberapa Jam Ada Pengumuman Penting Brexit?

736

Rundingan perdagangan pasca Brexit antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) sudah mencapai puncak dan dijangka akan mementerai perjanjian pada hari Khamis. Perjanjian ini akan menanda satu episod bagi negara Britain setelah lama bersama menjalin hubungan dengan Kesatuan Eropah sehingga berlakunya Brexit.

Kesepakatan pada saat-saat akhir ini akan dapat mengelakkan risiko yang lebih tinggi dan sekaligus membolehkan UK menjalinkan hubungan perdagangan yang lebih bersepadu dengan rakan dagang terbesarnya iaitu EU setelah rakyat Britan telah mengundi untuk keluar dari EU pada tahun 2016.

Sumber dari kedua-dua belah pihak mengatakan bahawa kesepakatan semakin hampir untuk dicapai setelah adanya usaha dari Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang membuat panggilan persidangan tergempar dengan menteri-menteri kanan beliau dan para perunding Brussels bagi membincangkan beberapa perkara mengenai undang-undang perjanjian.

Setakat ini tidak ada pengesahan rasmi mengenai kesepakatan perdagangan pasca Brexit namun beliau dijangka akan mengadakan sidang akhbar sebelum 31 Disember ini.

Menurut Menteri Luar Negeri Ireland Simon Coveney, telah adanya kemajuan dari kedua-dua belah pihak dan harapan sekarang adalah kesepakatan Brexit dapat dicapai malam Hari Natal.

Perselisihan mengenai beberapa banyak jumlah penangkapan ikan di perairan Britain masih menjadi perdebatan hangat dan telah menyebabkan beberapa kali pementeraian perjanjian ditangguhkan.

Matawang pound terus mencat momentum pengukuhan berbanding US dolar dengan mengukuh sebanyak 0.66% pada paras tukaran 1.3578 setakat jam 9.00 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat