Para ‘Trader’ Semakin Berjaga-Jaga Selepas Data PPI – Ini Sebabnya!

1,079

Harga pengeluar Amerika Syarikat (A.S) melonjak naik pada bulan Ogos. Hal ini membawa indikasi bahawa kadar inflasi cenderung berada pada paras yang tinggi untuk sementara waktu dengan masalah rantaian bekalan berikutan pandemik Covid-19.

Indeks harga pengeluar (PPI) meningkat sebanyak 0.7% pada bulan sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Tenaga Kerja sebentar tadi. Ini merupakan kenaikan dua bulan berturut-turut. Dalam kiraan tahunan, PPI telah meningkat 8.3% dan ia merupakan kenaikan terbesar tahun ke tahun sejak November 2010 setelah 7.8% pada bulan Julai.

Bacaan ini juga mengatasi jangkaan penganalisis ekonomi yang sasarkan peningkatan 0.6% pada bulan Ogos dan 8.2% dari tahun ke tahun.

Menurut Nancy Vanden Houten, ketua ekonomi A.S. di Oxford Economics di New York, kekangan dalam penawaran disebabkan pandemik dapat memberi impak terhadap harga sehingga akhir tahun. Namun dengan sisi permintaan yang semakin lemah dapat membawa kemungkinan.

Dilaporkan bahawa pembekal kilang dan perkhidmatan berhadapan dengan cabran untuk mendapatkan tenaga kerja, bahan mentah, dan berhadapan dengan kelewatan logistik.

Tahap inventori yang sangat rendah disebabkan kesulitan mendapatkan bekalan telah membolehkan pengeluar dengan mudah memindahkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. Disisi lain ukuran inflasi, indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi turut catat peningkatan 3.6% dalam 12 bulan pada Julai lalu.

Indeks US dolar terus menyusut berbanding matawang utama kepada paras dagangan 92.465.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat