Parah Betul Ekonomi Australia Kalau Krisis Covid-19 Berlarutan!

516

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah mengungkapkan ramalan terbaru yang mengejutkan untuk ekonomi Australia, di mana kadar pengangguran rasmi terkini dijangka mencecah 10% dan sehingga 400,000 orang akan kehilangan pekerjaan mereka akibat lockdown di Victoria.

Morrison mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media di Canberra pada pagi ini dengan mengatakan bahawa sekatan terbaru ini dijangka akan mengheret kira-kira $9 bilion daripada ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, malah, jika sekatan ini disambung sehingga ke fasa keempat perbelanjaan negara boleh mencecah $12 bilion. Ini sekali gus akan mengurangkan sekitar 2.5% daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia.

Angka itu adalah tiga kali ganda daripada anggaran awal pada sekatan fasa ketiga yang diramalkan akan menelan belanja ekonomi negara sebanyak $3 bilion.

Anggaran ini adalah daripada kemas kini terbaru daripada Perbendaharaan selepas sekatan tambahan lebih ketat diumumkan oleh kerajaan Australia susulan jumlah kes harian di Victoria yang saban hari terus mencatatkan kenaikan besar.

Dolar Aussie nyata terkesan dengan unjuran lemah ini, mengakibatkannya susut ke bawah paras harga 72.00 berbanding USD dengan diniagakan di sekitar harga 0.718 pada sesi Asia hari ini.

Bagaimanapun, matawang itu masih mempertahankan pengukuhannya setelah mencapai paras ketinggian 18 bulan pada sesi sebelumnya, diangkat oleh kelemahan USD.

Anda mungkin juga berminat