“Binance asyik ditimpa dugaan je, bila la boleh bernafas sekejap.”
Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan dan Pasaran Belgium (FSMA) baru-baru ini telah mengarahkan bursa gergasi mata wang kripto Binance berhenti menawarkan operasi dan perkhidmatan custody wallet.
Dilaporkan oleh FSMA dengan lebih lanjut, Binance telah menawarkan perkhidmatan kripto yang melanggar undang-undang Belgium mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Membanteras Pembiayaan Keganasan.
Binance yang mengawal 19 syarikat di luar Kawasan Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara di EU seperti Iceland, Liechtenstein serta Norway telah terlibat dalam operasi yang tidak terdapat dalam terma atau syarat dibaca pengguna Belgium apabila mendaftar untuk perkhidmatan.
Umum mengetahui pengawal selia Belgium telah meminta Binance beri beberapa maklumat, tetapi bursa kripto tersebut tidak menyerahkan sebarang jawapan memuaskan yang dapat mengenal pasti perkhidmatan disediakan oleh mereka.
Rentetan itu, Binance dikehendaki menghubungi semua para pelanggannya berpangkalan di Belgium kemudian memulangkan aset digital dan private keys yang dipegang oleh bursa kripto tersebut, tetapi ia telah meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan FSMA.
Meskipun begitu, Binance pada masa ini sedang menyemak butiran notis mereka supaya dapat terus bekerjasama dengan pengawal selia di Belgium dan di seluruh dunia dengan mematuhi kewajipannya.
Selain FSMA yang mengambil tindakan agresif terhadap Binance, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) turut mengenakan tuntutan mahkamah terhadap bursa kripto itu atas kesalahan pelanggaran undang-undang sekuriti.
Bagaimanapun, Christophe De Beukelaer iaitu ahli parlimen Belgium pada Januari 2022 mengumumkan bahawa beliau rancang menerima gaji kerajaannya dalam Bitcoin (BTC) untuk setahun.