“Kesiannya, banyak betul bursa kripto yang nak buang stablecoin.”
Mulai 31 Ogos 2023, bursa mata wang kripto Coinbase bakal menggantung perdagangan Tether (USDT), DAI dan stablecoin untuk para penggunanya di Kanada.
Menurut Coinbase dalam notis e-mel kepada penggunanya pada 17 ogos 2023, pasukannya sedang berada dalam proses memantau aset digital di bursa kripto mereka untuk memastikan ia memenuhi piawaian penyenaraiannya.
Namun, Coinbase berkata bahawa pengguna Kanada masih boleh mendeposit dan mengeluarkan stablecoin selepas tarikh akhir itu sambil menambah mereka telah memfailkan permohonan untuk pendaftaran dalam bidang kuasa Kanada.
Selain Crypto.com menyahsenarai USDT untuk penggunanya pada awal tahun ini, Suruhanjaya Sekuriti Ontario didapati mengharamkan USDT pada 2021 tetapi sehingga kini masih tidak menjelaskan sebab ia bertindak sedemikian.
Pada 22 Februari 2023 pula, Pentadbir Sekuriti Kanada (CSA) telah mengeluarkan notis yang memerlukan bursa kripto berdaftar ataupun belum untuk menandatangani Surat Aku Janji yang dilaksanakan oleh badan kawal selia.
Umum mengetahui USDT adalah stablecoin disokong oleh rizab fiat manakala Dai pula wujud sebagai hibrid antara fiat dan stablecoin algoritma, kemudian RAI ialah stablecoin algoritma tidak pegged pada mana-mana aset.
Buat masa ini, satu-satunya stablecoin yang diluluskan oleh CSA untuk penyenaraian di bursa kripto centralized adalah USD COIN (USDC).
Jadi di sini dapat dilihat bahawa bursa kripto OKX telah menarik diri dari Kanada pada Jun 2023 dan tidak dilupakan Binance yang akan turut bertindak serupa menjelang September selepas mereka mendapati negara itu melaksanakan peraturan baharu.