Parah! CZ Binance Bakal Dihumban Ke Penjara 10 tahun?

518

“Rasanya pasaran kripto tak akan terkesan pun walaupun CZ masuk penjara.”

Pertempuran undang-undang melibatkan pengasas bursa mata wang kripto Binance, Changpeng Zhao (CZ) dilaporkan semakin rumit apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) bukan sahaja mendesak sekatan perjalanannya malah ingin mengenakan hukuman penjara 10 tahun.

Sebagai tindak balas pada keputusan Hakim Majistret Brian Tsuchida yang membenarkan CZ tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum hukumannya, peguam DOJ berkata beliau harus menetap di Benua Amerika Syarikat (AS) sehingga dijatuhkan hukuman dan dilarang pergi ke rumahnya di UAE.

Bukan itu sahaja, DOJ turut memfailkan pertuduhan feloni* terhadap CZ susulan melanggar Akta Rahsia Bank yang mengakibatkan Binance harus membayar $4.2 bilion sebagai penyelesaian iaitu penalti terbesar dalam sejarah Perbendaharaan AS dan FinCEN.

*Jenayah serius yang mengancam sesebuah masyarakat

Kerajaan AS berhujah status keistimewaan CZ sebagai warganegara UAE yang diperoleh melalui jemputan dapat menghalang ekstradisinya kembali ke AS.

Dalam pemfailan mahkamah baru-baru ini, kerajaan mendedahkan bahawa CZ mungkin dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun walaupun jangkaan hukumannya adalah kira-kira 12 sehingga 18 bulan.

Perbicaraan hukuman terhadap CZ akan dijadualkan pada 23 Februari 2024 manakala keputusan mahkamah sama ada CZ boleh pergi ke UAE atau tidak sebelum hukuman mungkin berlaku dalam masa terdekat ini.

Pada masa ini, bursa kripto tersebut akan melayari era baharu susulan Richard Teng yang merupakan seorang veteran berpengalaman dalam ekosistem kewangan telah dinamakan sebagai pengganti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat