“Haih, tak pasal-pasal harga saham GameStop terciduk disebabkan kata-kata CEO sendiri.”
Sahamnya meluncur turun setelah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GameStop Corp Ryan Cohen memaklumkan kepada para pelaburnya sesungguhnya fokusnya terhadap firma gaming adalah bertujuan mencapai keuntungan.
Hasil tanpa keuntungan dan prospek aliran tunai masa depan sama sekali tidak bernilai kepada pemegang saham, ulas Cohen sambil menambah bahawa beliau tidak berhasrat mengekalkan gembar-gembur yang mendorong saham melonjak disebabkan kegilaan meme-stock berterusan.
Jadi di sini dapat dilihat mengendalikan rangkaian kedai lebih kecil di seluruh negara adalah matlamat peruncit video game biarpun Cohen masih tidak mendedahkan butiran mengenai wang tunai $4 bilion yang kini dibanggakannya.
Sebagai sebahagian daripada usaha bertahun-tahunnya, Cohen ke arah menggerakkan firmanya menjadi digital storefront* bagi keluaran game terbaharunya sejurus selepas terpaksa menutup beberapa pusat pengedaran mereka.
*Perwakilan dalam talian perniagaan
Terdahulu pada Januari 2024, GameStop yang menutup operasi pasaran non-fungible token (NFT) disebabkan ketidaktentuan peraturan berterusan dalam ruang kripto telah menyebabkan koleksi Immutable X dan Loopring berhenti mendapat sokongan daripada peruncit video game itu.
Menjelang petang Isnin semalam, saham GameStop yang merosot 13.4% telah didagangkan pada $24.86 sebelum memulih semula di atas $25 tetapi perlu diketahui penurunan harga itu kekal berterusan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Suka dimaklumkan Keith Gill dikenali dalam talian sebagai “Roaring Kitty” yang membuat penampilan media sosial pertamanya dengan menyatakan beliau memegang $181.4 juta dalam saham GameStop telah menyebabkan harganya mendaki sebanyak 300%.
Memang tidak dinafikan Cohen masih tidak pasti apa yang bakal berlaku dalam beberapa bulan lagi untuk GameStop, tetapi beliau sungguh optimis keputusannya akan meningkatkan prospek peruncit video game itu.