“Haih tak tembus $32K lagi, takkan nak turun dah.”
Sudah sedia maklum harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) mengukuh disebabkan peningkatan minat institusi, tetapi penurunan kecairan buy-side* telah merentasi pelbagai aset digital termasuk BTC dan Ethereum (ETH).
*Tahap pada carta di mana penjual short akan mempunyai stop position mereka
Menerusi pemerhatian, pegangan BTC tersedia di bursa kripto yang berkurangan sebanyak 20% sepanjang tahun lalu pada 2.092 juta membawa makna bahawa para pelabur mungkin ingin jual atau memperdagangkan BTC mereka.
Malah, rizab bursa ETH turut mengalami penurunan lebih drastik dengan junaman sekitar 40% pada 12 juta.
Selain BTC dan ETH, stablecoin yang bertujuan untuk mengekalkan nilai stabil melalui pegged pada mata wang fiat juga terjejas apabila rizab kolektifnya baru-baru ini menyusut lebih daripada 52% pada 16.93 bilion.
Menurut Ki Young Ju, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Crypto Quant berkata kecairan buy-side yang semakin tinggi walaupun rizab stablecoin berkurangan mampu akibatkan pasaran kripto capai titik terendah apabila nisbah modal pasaran stablecoin atau pegangan bursa adalah tinggi.
Sementara modal pasaran semasa stablecoin berhubung BTC dan ETH dilaporkan kekal rendah, ulas Ju lagi sambil menambah tempoh peralihan stablecoin disebabkan BUSD tidak semestinya dikaitkan dengan kecairan buy-side yang merosot.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.31% pada paras $30,841 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $598 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 1.01% sepanjang minggu lepas.
Manakala ETH pula tergelincir sekitar 0.61% pada paras $1,942 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan volum dagangan $5 bilion dan Ripple (XRP) raih 0.43% pada $0.49 serta canak 1.78% dalam masa tujuh hari lepas.