Beberapa faktor yang berlegar dalam pasaran semalam telah mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar yang berbeza pada beberapa sesi.
Pada mulanya US dolar menunjukkan pengukuhan dengan sokongan kenyataan hawkish oleh Gabenor Federal Reserve (Fed) Michele Bowman terhadap dasar monetari bank pusat selain sentimen risk-off pasaran dengan penilaian terhadap data ekonomi China.
Namun, di sesi New York menyaksikan penyusutan semula raja mata wang itu apabila kenyataan bernada dovish telah disampaikan oleh Presiden Fed Philadelphia Patrick Harker yang melihat pengetatan dasar sudah berakhir.
Selain berpandangan kadar faedah akan dikekalkan, Harker turut memberi isyarat pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Sementara itu, perkembangan di Eropah agak tegang dengan berita berkenaan kerajaan Itali bakal mengenakan cukai ke atas bank-bank sehingga mendorong kejatuhan parah pasaran saham.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-situasi-terkini-pasaran-fx
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan harga menjunam setelah menguji paras 1.10000 yang kembali menjadi rintangan buat harga.
Isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah mencecah 1.09300.
Kemudiannya harga melantun sedikit menuju dagangan penghujung sesi New York untuk ditutup di sekitar paras 1.09500.
Harga menunjukkan kenaikan yang perlahan ketika menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Rabu), namun masih berada di bawah halangan MA50.
Jika penurunan harga diteruskan lagi, harga bakal menguji zon penting pada 1.09000 yang masih menjadi sokongan buat harga.
Tembus lebih rendah menjangkakan harga untuk menuju ke paras tumpuan berikutnya pada 1.08000.
Sebaliknya jika US dolar yang melemah dengan ketara membuatkan harga melonjak naik, melepasi paras 1.1000 dan halangan MA50 memberi petanda bagi perubahan arah pergerakan harga selanjutnya.
Kenaikan bakal menguji kembali ketinggian dicapai pada lonjakan Jumaat lalu sekitar 1.104000 sebelum mensasarkan kenaikan lebih tinggi menuju 1.11400.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG