Paras $1.1800 Jadi Penghalang, GBP/USD Bakal Terjun Lebih Rendah Lagi?

120

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula mendatar pada Rabu semalam ekoran momentum pengukuhan US dolar yang mula memudar.

Namun, tumpuan masih terarah pada pembentangan dasar monetari oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell semalam untuk hari kedua.

Setelah reaksi ketara dipamerkan pada Selasa lalu, pelabur dilihat lebih mengambil langkah berjaga-jaga semalam sementara menantikan pula terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dipenghujung minggu.

US dolar dijangka akan terus menyambung pengukuhan dan ini akan menambahkan lagi tekanan buat Pound Sterling yang kekal dengan prestasi suram.

Laporan data pertumbuhan ekonomi UK akan diberi perhatian pada Jumaat esok dan bakal mempengaruhi pergerakan semasa Pound.

Carta GBP/USD pada Rabu semalam mendatar dalam julat 50 pips dengan harga dilihat berlegar di atas paras sokongan 1.18000.

Namun pergerakan harga di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih memberi indikasi trend menurun buat harga.

Harga perlu melepasi support 1.18000 sebelum meneruskan lagi penurunan lebih rendah dengna sasaran untuk menuju pula sekitar 1.17000.

Namun, kenaikan harga boleh berlaku lebih-lebih lagi pada dagangan di penghujung minggu ketika aktiviti profit-taking pemain pasaran berlaku.

Untuk jangkaan kenaikan, harga bakal kembali semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1.19000 yang sebelum ini merupakan support penting akhirnya ditembusi pada Selasa lalu.

Melepasi zon penting itu dan harga yang turut melepasi halangan MA50 boleh memberi isyarat perubahan arah harga semula.

Kenaikan harga mungkin diteruskan menuju zon tumpuan pada 1.20000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat