Pasangan Matawang Safe-Haven USD/JPY Mendatar Sejak Awal Minggu, Bakal Ada Kejutan?

1,050

Pergerakan harga bagi matawang Yen Jepun dilihat mendatar selepas keputusan mesyuarat polisi monetari Bank of Japan (BOJ) tidak melihat perubahan pada kadar faedah di paras rendah -0.10% dan turut mengekalkan sasaran pulangan bon 10-tahun kerajaan di paras sifar.

Berwaspada terhadap risiko kesihatan ekonomi Jepun, BOJ menyatakan akan meningkatkan pelonggaran polisi tambahan tanpa ragu-ragu jika keadaan memerlukan.

Saiz dana suntikan melalui operasi pasaran, kemudahan pinjaman untuk berdepan kesan pandemik akan ditingkatkan sekitar 110 trilion Yen berbanding nilai semasa 75 trilion Yen.

Berbanding US dolar, dapat dilihat dagangan Yen mendatar pada carta harga pasangan USD/JPY sepanjang minggu ini.

Harga gagal melepasi paras ketinggian 107.600 yang diuji beberapa kali pada dagangan semalam dan turun menguji sekitar paras 107.300.

Masih lagi berlegar di paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY, pelabur masih menantikan isyarat pergerakan harga yang lebih jelas dengan kedua-dua matawang bergerak dengan kekuatan yang seimbang.

Jika kenaikan harga berlaku, paras yang menjadi tumpuan adalah pada 108.00 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju pula zon tumpuan sekitar 108.500-108.700 yang juga dilihat sebagai zon SBR.

Namun jika harga membuat penurunan pula, melepasi paras penting 107.000 akan mendorong harga untuk meneruskan penurunan ke paras support minggu lalu sekitar 106.600.

Paras tumpuan lebih rendah jika penurunan harga masih berlaku adalah pada 106.400 sebelum ke paras 106.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat