Pasar Raya Afrika Selatan Ini Terima Pembayaran Bitcoin Di 1,628 Kedai!

131

Kalau boleh bayar guna kripto lain mesti orang lagi suka, tapi ini pun dah kira hebat.”

Selepas melaksanakan fasa percubaan selama tiga bulan di 39 lokasi, pasar raya gergasi Pick n Pay di Afrika Selatan akhirnya membenarkan para pelanggan membuat bayaran melalui mata wang kripto Bitcoin (BTC) di 1,628 kedainya.

Pelanggan dapat menggunakan aplikasi telefon pintar atau kod QR jika berhasrat untuk membayar barangan dalam aset digital tersebut.

Namun perlu diingatkan pelanggan haruslah memiliki BTC Lightning Wallet dan aplikasi pengimbas cryptoQR daripada CryptoConvert yang dipautkan pada wallet tersebut untuk membuat sebarang proses pembayaran.

Tindakan tersebut dilaksanakan apabila Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) mengklasifikasikan kripto sebagai produk kewangan, membenarkan penyedia perkhidmatan kewangan tawarkan aset digital di dalam dan luar negara serta lain-lain.

Antara sebab Pick n Pay turut memeterai perjanjian bersama Electrum dan CryptoConvert ketika ujian percubaan mereka adalah untuk membolehkan pelanggan membayar melalui BTC Lightning Network, lapisan kedua yang ditambah pada blockchain BTC bagi benarkan transaksi off-chain.

Umum mengetahui bahawa fasa percubaan pertama untuk kripto telah berlaku pada tahun 2017 ketika Pick n Pay mula menerima BTC sebagai salah satu bentuk pembayaran di Cape Town, namun malangnya kos transaksi dan kesuntukan masa adalah cabaran perlu dihadapi mereka.

Secara konteks, Afrika Selatan antara negara terpantas yang mengembangkan penerimaan kripto dengan menduduki tempat ke-30 di seluruh dunia, di mana 10% hingga 13% penduduknya telah memegang aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat