Pasaran BTC Mula Menunjukkan Tanda Positif – “Whale” Mula ‘Buy The Dip’?

588

Pada hari minggu yang lalu, harga bitcoin telah jatuh ke paras terendah bulanan iaitu pada $39,000 selepas beberapa hari cuba bertahan di atas paras $40,000 berikutan sentimen bearish yang semakin meningkat. Beberapa indikasi ini dilihat harga akan jatuh lebih lanjut dan ianya berlaku. Justeru sebilangan pemain pasaran baik dalam kalangan runcit mahupun institusi telah bersedia untuk memasukkan posisi antara julat harga $37k – $40k.

Minkyu Woo, seorang penganalisis teknikal di CryptoQuant, mendakwa bahawa semasa penjualan BTC berterusan, terdapat tanda-tanda bahawa kelompok ‘Whale’ membeli sejumlah besar BTC.

Julat harga BTC $37k – $40k dilihat sebagai fasa pengumpulan kritikal yang telah berlangsung sejak Mac 2022. Kata Woo, acapkali senario sebelum ini yang dimana terdapat aliran keluar yang meningkat dengan sejumlah besar bitcoin dicairkan daripada bursa kemudian diikuti bahawa harga menaik maka ia selalunya membalikkan sentimen penurunan harga pasaran pada jangka pendek.

Pada hari ini, harga BTC telah berjaya pulih dan mencatat pada bacaan harga $41,711 dengan kenaikan lebih 2% dalam masa 7 hari. Tambah Woo, harga bitcoin pada ketika ini didagangkan hampir di paras garis sokongan 200 MA sejak Q4 2020, ini akan menarik pemain pasaran untuk mengumpul mata wang kripto terbesar mengikut had pasaran.

Disisi lain, penganalisis Plan-B turut menyatakan hal yang sama iaitu harga yang direalisasikan Bitcoin berhampiran 200-WMA menunjukkan bahawa lonjakan harga boleh dijangkakan dari segi sejarah, pada penghujung 2016 dan pertengahan 2020, harga Bitcoin meningkat secara besar-besaran selepas harga direalisasikan mencapai tahap 200-WMA. Apakah episod yang sama akan berulang? ianya mungkin kata Plan-B.

 

 Bitcoin Price Approaches 200-Week Moving Average

Pasaran kini turut memberi perhatian pada perkembangan konflik Rusia dan Ukraine bagi menjangkakan impak terhadap pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat