Pasaran Buruh A.S Bertumbuh Semakin Perlahan Menyebabkan US Dolar Lemah!

276

US dolar didagangkan susut pada hari Khamis selepas data yang dikeluarkan menunjukkan terdapat tanda-tanda bahawa pasaran buruh semakin lemah dan data lain menunjukkan aktiviti kilang di rantau Atlantik juga semakin perlahan.

Tuntutan faedah pengganguran awal kekal pada 227,000 pada minggu berakhir 16 November berbanding dengan jangkaan pasaran 219,000. Menurut Jabatan Buruh A.S, bacaan ini merupakan bacaan tertinggi sejak 22 Jun. Data minggu sebelumnya telah dinilai semula dengan tuntutan pengangguran bertambah sebanyak 2,000 unit.

Walaubagaimanpun, berdasarkan minit mesyuarat yang dikeluarkan oleh the Fed pada hari Rabu, bank pusat A.S masih melihat pasaran buruh masih kekal kukuh dan dalam masa yang sama turut mengakui bahawa pertumbuhan pekerjaan semakin perlahan.

Sementara data lain, para pengeluar melaporkan terdapat kejatuhan besar dalam pesanan baru, penghantaran dan pesanan barangan. Dalam masa yang sama turut dilaporkan terdapat penurunan dalam tawaran pekerjaan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sedikit sebanyak 0.04% pada paras 97.780 setakat jam 11.20 p.m.

Pada hari ini, China telah mengeluarkan kenyataan yang optimis pada hari ini yang meredakan sedikit kebimbangan yang telah membelenggu pasaran sepanjang minggu ini. Kementerian Perdagangan China, Gao Feng memberitahu bahawa mereka akan berusaha untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan AS memandangkan kedua-dua pihak masih terus berhubung.

Matawang Sterling mencatat pengukuhan sebanyak 0.05% berbanding US dolar manakala matawang Euro juga mengukuh sebanyak 0.01% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat