Pasaran Buruh Kekal Kukuh Pada Bulan Ogos, Beri Indikasi The Fed Akan Kekalkan Kenaikkan Kadar?

504

Laporan terbaru menunjukkan majikan A.S mengupah pekerja lebih sedikit daripada jangkaan pada bulan Ogos, membawa indikasi bahawa Rizab Persekutuan berada di landasan yang betul untuk menaikkan kadar faedah 75 mata asas ketiga bulan ini, walaupun kadar pengangguran meningkat kepada 3.7%.

Data NFP meningkat sebanyak 315,000 pekerjaan bulan lepas, lapor Jabatan Buruh dalam laporan pekerjaan yang dipantau rapi pada hari Jumaat. Data untuk Julai disemak sedikit ke bawah untuk menunjukkan senarai gaji melonjak 526,000 berbanding 528,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini. Ini menandakan bulan ke-20 berturut-turut berlaku pertumbuhan pekerjaan.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan senarai gaji meningkat 300,000. Anggaran adalah dari serendah 75,000 hingga setinggi 450,000. Kadar pengangguran meningkat kepada 3.7% daripada paras terendah pra-pandemi sebanyak 3.5% pada bulan Julai.

Laporan pekerjaan ini dikeluarkan selepas Pengerusi Fed Jerome Powell memberi amaran kepada rakyat Amerika mengenai tempoh pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan mungkin peningkatan pengangguran apabila bank pusat AS secara agresif mengetatkan dasar monetari untuk meredakan inflasi.

Pertumbuhan pekerjaan yang kukuh pada bulan lepas merupakan bukti lanjut bahawa ekonomi terus berkembang walaupun keluaran dalam negara kasar menguncup pada separuh pertama tahun ini dan merupakan satu lagi petanda Fed masih perlu menyejukkan pasaran buruh walaupun terdapat kenaikan kadar faedah.

Fed telah dua kali menaikkan kadar dasarnya sebanyak tiga perempat daripada mata peratusan pada bulan Jun dan Julai. Sejak Mac, ia telah menaikkan kadar itu daripada hampir sifar kepada julat semasanya 2.25% hingga 2.50%. Pasaran kewangan menetapkan kira-kira 70% kebarangkalian kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat dasar Fed pada 20-21 September.

Data harga pengguna Ogos yang akan dikeluarkan pada pertengahan bulan juga akan menjadi faktor utama dalam menentukan saiz kenaikan kadar seterusnya.

Purata pendapatan setiap jam meningkat 0.3% pada bulan Ogos selepas meningkat 0.5% pada bulan Julai. Itu mengekalkan kenaikan gaji tahunan pada 5.2% pada bulan Ogos. Indeks US dolar menyusut sebanyak 0.47% kepada paras dagangan 109.185 selepas data pekerjaan dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat