Pasaran DeFi Tidak Sah! – CFTC

2,041

Pesuruhjaya Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Dan M. Berkovitz pada hari ini memberitahu pasaran kewangan desentralisasi (DeFi) yang tidak berdaftar dianggap haram kerana melanggar Akta Pertukaran Komoditi (CEA).

“Bukan sahaja pasaran DeFi yang tidak berdaftar dianggap haram, tetapi saya juga tidak nampak bagaimana ia boleh sah di bawah CEA,” jelasnya lagi.

Untuk pengetahuan, CEA merupakan akta yang mengharuskan kontrak niaga hadapan didagangkan di pasaran kontrak yang ditetapkan (designated contract market, DCM) secara sah dan diselia oleh CFTC.

Bagaimanapun, Berkovitz menekankan sehingga ke hari ini tiada platform DeFi yang berjaya didaftar sebagai DCM atau kemudahan pelaksanaan pertukaran (swap execution facilities, SEF).

Ekoran daripada sektor kripto yang semakin berkembang, Berkovitz percaya pihak penyelia perlu mengambil tahu tentangnya secara menyeluruh termasuk DeFi dan aplikasi lain.

Lebih membimbangkan, pasaran DeFi mungkin tidak memiliki perlindungan yang menyamai perkhidmatan kewangan berpusat seperti bank dan lain-lain firma kewangan memandangkan lebih banyak bergantung kepada sistem peer-to-peer (P2P).

Sistem P2P tidak melibatkan perantara. Berbeza dengan sistem kewangan konvensional yang dilihat lebih selamat dan dipercayai kerana wujudnya pihak ketiga untuk memantau pelaburan pelabur di pasaran Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat