Pasaran Kripto ‘Berdarah’, Binance Akhirnya Umum Beli FTX!

859

Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat gergasi exchanger kripto Binance dilaporkan menandatangani perjanjian Letter of Intent (LOI) untuk memiliki sepenuhnya bursa kripto FTX.

Suka dimaklumkan bahawa pemilikan tersebut adalah susulan daripada pegawai FTX yang menghubungi Binance secara langsung bagi menyatakan masalah aliran tunai yang dihadapi syarikatnya berkaitan pengeluaran dana secara besar-besaran.

Namun begitu, Binance dikatakan perlu sedikit masa untuk membincangkan perihal masalah tersebut dan mereka juga dibenarkan menarik diri daripada perjanjian itu jika token FTT berada dalam keadaan yang tidak boleh diselamatkan.

Umumnya, exchanger kripto terbesar Binance merupakan syarikat pertama yang memberi sokongan penuh kepada CEO FTX Sam Bankman-Fried, tetapi kini hubungan mereka sudah mula mengalami keretakan apabila FTX kian berkembang dan terkenal.

Rentetan itu, CZ telah bertindak menjual sejumlah pegangan token FTT di Binance semasa kedua-dua eksekutif tersebut mengkritik antara satu sama lain.

Tindakan tersebut telah mengakibatkan CEO FTX mengalami sejumlah kerugian dan tidak dilupakan juga bahawa pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik daripada kemuncaknya pada $1.07 trilion yang telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pelabur.

Berbalik kepada topik asal, CZ mencadangkan agar setiap exchanger kripto melaksanakan merkle-tree proof-of-reserves untuk mengelak kekhuatiran masa depan baki rizab sejurus selepas beliau bertindak membeli FTX.

Difahamkan bahawa Merkle-tree merupakan struktur data yang berfungsi untuk menyegerakan pengesahan data serta mengekalkan integritinya.

Malah, Merkle-tree membolehkan penyemakan ketidakkonsistenan dan bermanfaat untuk sistem pengagihan termasuklah penggunaan mendalamnya terhadap Bitcoin (BTC) atau blockchain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat