Pasaran Kripto Dibanjiri Memecoin & NFT Ratu Elizabeth

575

Selepas pemergian Ratu Elizabeth II, penggemar kripto tidak membazirkan masa untuk membanjiri pasaran kripto dengan lebih daripada 40 token meme dan beratus-ratus non-fungible token (NFT) baharu berkaitan Ratu Elizabeth II.

Token-token baru dilancarkan pada pertukaran decentralized di Binance Smart Chain (BSC) dan Ethereum dengan nama seperti Ratu Elizabeth Inu, Save the Queen, Queen, QueenDoge, London Bridge is Down serta Rip Queen Elizabeth.

Menurut data Dex Screener, token Queen Elizabeth Inu pada Pancake Swap berasaskan BSC berjaya mendapat keuntungan nilai harga terbesar sepanjang 24 jam yang lalu dengan melonjak 28,506% kepada $0.000008000.

Namun, jumlah dagangan bernilai $391,00 tersebut adalah tidak besar berbanding token Elizabeth yang menyaksikan jumlah dagangan $2.7 juta dalam masa kurang dari 12 jam termasuklah mempamerkan lonjakan sebanyak 8,442% untuk berada pada $0.059931.

Perlu diingatkan juga, token Queen Elizabeth Inu dan Elizabeth hanya mempunyai kecairan bernilai $17,000 dan $204,000, malah berpotensi tinggi untuk menjadi token yang tiada nilai sama seperti harga token Squid Game yang terus jatuh pada Oktober tahun lalu ketika hype tayangan siri Korea, Squid Game.

Seterusnya di pasaran NFT Opensea, projek RIP Queen Elizabeth juga telah berkembang dalam beberapa jam selepas ratu dilaporkan meninggal dunia.

Secara konteks, terdapat 520 NFT dengan setiap token memaparkan persembahan artistik ratu, namun pencipta projek sedang menunggu masa yang sesuai bagi melancarkan koleksinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat