Pasaran Kripto Pamer Rentak Positif, BTC Sedia Meroket Ke $50,000!

2,057

Pasaran kripto menunjukkan sentimen yang positif pada permulaan Oktober dengan harga Bitcoin dan aset kripto lain telah menambah sejumlah $ 170 bilion dalam sehari. Sebilangan besar pasaran kripto melonjak dua digit dengan BTC mendahului kenaikan dengan kenaikan sebanyak 10.62%, meningkat dari paras rendah harian $ 42,860 ke paras tertinggi harian $ 47,668.

Jumlah nilai pasar kripto pula meningkat hampir 10% dengan mencecah di atas $2 trillion. Kenaikan harga ini berlaku setelah sebulan pasaran kripto tenggelam dalam ‘lautan’ pada bulan September. Walaubagaimanapun, pasaran catat permulaan baik pada pembukaan bulan baru seperti yang diramalkan oleh banyak pakar pasaran dan penganalisis yang mensasarkan harga BTC akan mencecah ATH baru.

Bitcoin juga berjaya memperoleh semula paras EMA 21 minggu dan melepasi paras tertinggi bulanan $ 41,470- $ 47,100. Penembusan di atas julat ini dapat mendorong harga kripto kembali mencapai paras harga $50,000.

Bitcoin setelah menembusi rintangan utama $ 47,000 kini menumpukan untuk melepasi paras rintangan $50,000 dan paras seterusnya ialah $55,000. Ethereum disisi lain juga melepasi rintangan utama pada $ 3,100 dan kini diperdagangkan pada $ 3,246. Paras rintangan seterusnya ialah $ 3,500.

Altcoin juga sudah mendapat momentum kenaikan. Pemain pasaran optimis bahawa mereka dapat menebuskan kerugian pelaburan yang terjadi antara Mei-Julai dan September. Dengan Bitcoin Futures ETF diharapkan juga dapat diluluskan pada bulan Oktober, dapat bertindak sebagai pemangkin untuk membawa pasaran melonjak lebih jauh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat