Pasaran Kripto Parah, 3 Faktor Penyebab Ini Jadi Perhatian Pasaran!

4,843

Pasaran Bitcoin berhadapan dengan episod yang menyukarkan apabila harga Bitcoin telah jatuh sebentar di bawah paras $30,000 sebelum pulih kembali di paras $31,000. Bitcoin dengan ini telah kehilangan $9000 daripada nilai tertingginya sejak 5 Mei.

Dengan ini Bitcoin telah mengalami penurunan labih 17% dalam tempoh 7 hari. Turut mengikuti rentak ini adalah matawang kripto yang lain sehingga menyebabkan kehilangan lebih $300 bilion dalam jumlah modal pasaran matawang kripto.

Pasaran kripto bertambah parah apabila BTC telah menutup dagangan mingguan yang rendah selama enam minggu berturut-turut iaitu sesuatu yang tidak berlaku dalam tempoh 8 tahun. Dengan mengambil kira ini, sebahagian penganalisis berpendapat bahawa berkemungkinan harga akan berada dalam fasa kemelesetan.

Selain itu, antara faktor yang mendorong kejatuhan harga BTC ialah ketidakpastian makroekeonomi global pada tahun 2022 yang berikutan penularan Covid-19 dan konflik peperangan Rusia dan Ukraine sehingga menyebabkan kadar inflasi yang tinggi.

Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (BLS) sebelum ini melaporkan bahawa bacaan Indeks Harga Pengguna mencecah 8.5%, sekali lagi mencecah paras tertinggi 40 tahun lagi. Untuk memerangi kenaikan inflasi, Rizab Persekutuan telah mula meningkatkan kadar faedah, dengan kenaikan terkini berjumlah 0.5% dan dijangka akan terus menaikkan kadar faedah.

Faktor lain, ketidakpastian keseluruhan yang disebabkan oleh inflasi yang meningkat telah menjejaskan kedua-dua pelabur runcit dan Wall Street, apabila pasaran mengalir keluar secara berterusan sepanjang minggu lalu, di mana kekerapan itu lebih kerap pada beberapa hari terakhir.

Pasaran saham seperti S&P 500 turun lebih 4% sejak 5 Mei, Indeks Dow Jones pula turun hampir 6%, manakala NDX turun 6.2%. Sejak kebelakangan ini matawang kripto dilihat memiliki korelasi yang ketara dengan pasaran saham. Semasa kegawatan, sering kali pasaran berisiko akan dicairkan.

Data daripada Glassnode mendedahkan bahawa jumlah aliran masuk pertukaran yang diselaraskan untuk purata bergerak 7 hari mencapai paras tertinggi 3 bulan sejak semalam. Ini dilihat bahawa kelompok whale mula mencairkan kripto mereka dan ia juga boleh ditafsirkan sebagai persediaan untuk kemelesetan yang lebih lama.

Glassnode juga mendedahkan bahawa lebih daripada 26.5K BTC telah ditambah semasa lonjakan tempoh hari namun kini mula berlaku penjualan.

Indikasi teknikal bagi BTC juga tidak begitu baik dengan carta mingguan telah ditutup lebih rendah untuk 6 minggu berturut-turut. Di tambah pula zon paras sokongan $37,000 telah pecah, paras sokongan penting seterusnya adalah $30,000.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat