Pasaran Kripto Pasrah, Harga Mampu Jatuh Jika…

839

“Hmm nampak gayanya BTC macam nak turun lagi, tapi tak tahulah kalau ada kejutan.”

Seluruh pasaran mata wang kripto nampaknya menjunam pada hari Khamis semalam apabila para pelabur masih berhati-hati dengan kenyataan bernada hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Dilaporkan bahawa Fed mungkin akan menaikkan satu lagi kadar faedah pada tahun ini kemudian mengurangkan kadar faedah pada tahun depan.

Rentetan itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun telah meningkat ke paras tertinggi 16 tahun manakala indeks DXY mengukur kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding sekumpulan mata wang utama juga menyaksikan lonjakan ketara.

Namun, pasaran ekuiti AS didapati bertindak sebaliknya apabila indeks S&P 500 tergelincir kira-kira 1.6% dan Nasdaq pula merosot 1.8%.

Oleh demikian, harga kripto termasuk Bitcoin (BTC) boleh terkesan apabila pasaran ekuiti mengalami tekanan susulan daripada dasar monetari Fed yang lebih ketat.

Bukan itu sahaja, kadar faedah lebih tinggi juga dapat memberi tekanan ketara kepada bursa kripto kerana mereka perlu meningkatkan kos pembiayaan semulanya, ulas penganalisis pasaran senior Oanda bernama Edward Moya.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.43% pada paras $26,611 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $518 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 0.45% sepanjang minggu lepas.

Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula susut sekitar 1.47% pada paras $1,591 dalam tempoh 24 jam terakhir seterusnya junam 2.10% dalam masa tujuh hari lepas dan Ripple (XRP) turun 0.96% pada $0.50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat