Pasaran Kripto Suram Tapi 4 Token Ini Melonjak Tinggi

1,950

Pada hujung minggu, pasaran kritpo mencatatkan penyusutan didorong oleh pergerakan harga Bitcoin (BTC) yang menurun.

Keruntuhan harga raja kripto ini berlanjutan sehingga pada awal pagi ini apabila ia menyentuh paras $39,554.87 dan masih berlegar di zon $39,000 ketika penulisan artikel.

Majoriti altcoins utama menanggung impak negatif ini bermula dengan Ethereum (ETH), didagangkan pada $2,989.42, susut 2.3%, diikuti dengan Solana (SOL) – $100.41 (-1.47%); XRP – $0.75 (-3%); Dogecoin (DOGE) – $0.14 (-2.23%); Shiba Inu (SHIB) – $0.00002491 (-2.81%); Cardano (ADA) – $0.9199 (-3.27%); dan Terra (LUNA) – $78.15 (-3.24%).

Berbeza untuk Decred (DCR), FTX Token (FTT), PancakeSwap (CAKE), dan Monero (XMR) yang mencatatkan peningkatan harga sekitar 0.90%-26% dalam 24 jam.

Berikut rincian apa yang berlaku terhadap token-token ini:

Decred (DCR) – $71.60 (+26.50%)

  • Merupakan salah satu token privasi (privacy token)
  • Pelabur beralih kepada DCR kerana sifat token ini yang terlindung dari sebarang penjejak aktiviti kewangan mereka.
  • Ini juga berkemungkinan ada kaitan dengan pelabur sektor DeFi yang turut menumpukan minat terhadap token privasi.

FTX Token (FTT) – $43.73 (+4.32%)

  • 11 April – Forbes telah umum projek non-fungible token (NFT) dengan kerjasama FTX.
  • Coachella telah membangunkan platform pasaran NFT di rangkaian Solana dengan integrasi ke FTX.
  • Kolaborasi antara FTX dengan Coachella telah menawarkan pelbagai koleksi NFT:
    • Tarikan utama: Coachella Keys – pengaksesan ke Coachella seumur hidup, terhad cuma 10 NFT sahaja.
    • Sebagai kenangan kehadiran: 2022 In Bloom – NFT percuma yang boleh ditebus oleh semua peserta Coachella, dan memiliki beberapa keistimewaan tertentu.

PancakeSwap (CAKE) – $8.30 (+1.11%)

  • Merupakan pertukaran desentralisasi (DEX) pertama dan terbesar di BNB Chain.
  • Berkemungkinan ada kaitan dengan penyenaraian token Creature Hunters (CHTS) di PancakeSwap.
    • Creature Hunters merupakan permainan berasaskan blockchain yang menggunakan teknologi NFT.
  • BNB telah melancarkan Easter Campaign bersama PancakeSwap dengan tawaran ganjaran yang pelbagai.

Monero (XMR) – $238.44 (+0.92%)

  • Token privasi yang turut mendapat perhatian.
  • Faktor lonjakan dikaitkan dengan peperangan antara Rusia-Ukraine kerana ramai pelabur menyedari bahawa wang mereka bukan milik mereka jika ia tersimpan dalam institusi kewangan dengan pengawasan daripada pihak kerajaan.
  • Ini merujuk kepada perintah sekatan perkhidmatan dan pembayaran kripto yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara barat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat