Pasaran Masih Berhati-Hati, Matawang Kiwi Dan AUD Jadi Pilihan!

394

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa prestasi US dolar masih didagangkan lemah pada hari Selasa, namun matawang New Zealand dan Australia menjadi pilih para ‘trader’ yang didorong oleh tindakan dari Bank Pusat.

Matawang kiwi naik 0.6% berbanding US dolar keparas $0.7007, pengukuhan terbesar di antara matawang G10 pada hari ini setelah bank pusat New Zealand pada hari Selasa mengatakan bahawa ia akan segera memulakan perundingan mengenai cara untuk mengetatkan piawaian pinjaman gadai janji. Hal ini adalah sebahagian dari langkah untuk mengawal pasaran perumahan yang meningkat dan melindungi pembeli rumah.

Disisi lain, dolar Australia turut pamer aksi cemerlang setelah Reserve Bank of Australia mengekalkan rancangan terhadap program pembelian bon, sekaligus mengurangkan kekhuatiran pasaran terhadap peningkatan kes penularan Covid-19.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama didagangkan sedikit mengukuh dengan naik 0.03% kepada paras dagangan 92.07. Antara yang mendorong US dolar setelah didagangkan susut ialah laporan tempah barangan pembuatan yang naik 1.5% kepada $506 billion pada bulan Jun.

Matawang Kanada pulah didagangkan susut tiga hari berturut-turut berbadning US dolar berikutan kekhuatiran terhadap penularan Covid-19 varian Delta.

Peneliti pasaran pada akhir-akhir ini berpendapat bahawa penurunan hasil perbendaharaan A.S sebagai tanda bahawa kekhuatiran terhadap pertumbuhan ekonomi. Hasil Perbendaharaan 10 tahun A.S. menurun pada hari Isnin susulan selepas laporan ISM menunjukkan pertumbuhan pembuatan A.S. pada bulan Julai perlahan untuk bulan kedua berturut-turut.

Pasaran masih lagi meneka perkemabangan US dolar dalam waktu terdekat kerana penularan varian Delta Covid-19. Di Amerika Syarikat, kemasukan ke hospital COVID-19 di Louisiana dan Florida telah mencapai puncak. Hal ini kerana perkembangan varian Delta bakal mendatangkan risiko terhadap ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat