Pasaran Masih Berwaspada Dengan Ketidakpastian Varian Omicron!

452

Ketika kebimbangan mengenai penemuan varian baharu Covid-19 dilihat sedikit mereda, para pelabur dilihat masih mengambil pendekatan berhati-hati dalam meletakkan posisi pada sesi dagangan hari ini.

Meskipun kebanyakan negara di seluruh dunia mengambil langkah pantas untuk mengenakan sekatan sempadan, malangnya, varian Omicron telah dikesan di Australia, UK, Kanada, Jerman, Scotland dan Hong Kong.

Ini menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan varian yang disifatkan sebagai membimbangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu telah merebak dengan meluas di seluruh dunia.

Kebimbangan ini telah memberi keuntungan kepada mata wang safe-haven, termasuk US dolar. Namun, risiko terbaru daripada varian ini sedikit sebanyak mengaburkan prospek untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah seperti yang diharapkan pelabur.

Pada sesi Eropah, dolar greenback sedikit lemah berbanding kebanyakan mata wang utama lain, membawa indeks dolar diniagakan berlegar di sekitar harga 96.20.

Sementara itu, mata wang pound sedikit meningkat dari paras terendah 11 bulan berbanding US dolar. Walaupun meningkat, tetapi mata wang itu masih di bawah tekanan daripada ketiadaan kemajuan yang dicapai dalam rundingan pasca-Brexit dan sikap dovish Bank Pusat England (BOE).

Dalam pada itu, euro pula masih mengekalkan sebahagian keuntungan yang diraih pada Jumaat lalu, tetapi masih didagangkan di sekitar paras terendah 16 bulan berbanding US dolar, pada 1.1280 ketika pelabur menantikan data inflasi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat