Pasaran Minyak Global Mula Meragui Keberkesanan Perjanjian Pembekuan Bekalan Oleh OPEC

61

Minyak mentah berada dalam nilaian yang tidak menentu apabila pasaran kekal dalam tempoh meragui sama ada perjanjian OPEC yang mula dikuatkuasakan awal tahun ini mencapai objektif untuk kembali menyeimbangkan pasaran yang telah dibelenggu dengan lebihan bekalan selama lebih dua tahun.

Brent mentah juga diniaga pada $53.07 setong, meningkat sehingga 8 sen daripada sesi sebelum ini.

WTI mentah juga diniaga meningkat sebanyak 8 sen kepada $50.79 setong.

Keraguan terhadap perjanjian OPEC ini juga telah meletakkan kedua-dua penanda aras bagi minyak mentah kepada paras terendah dan mengalami junaman kira-kira 3.5 peratus pada awal minggu ini.

Data Reuters juga menunjukkan bahawa lebih kurang 48 juta tong minyak mentah sehari dihantar merentasi perairan laut pada bulan April yang menunjukkan peningkatan sebanyak 5.8 peratus sejak Disember.

Pengeluaran AS yang meningkat dengan mendadak hampir 10 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.25 juta tong sehari juga hampir menyamai pengeluaran dua pengeluar minyak utama dunia iaitu Arab Saudi dan Russia.

Bagi mengelakkan lambakan produk ke tahap yang lebih tinggi, beberapa pengeluar OPEC termasuk Arab Saudi sedang melobi untuk melanjutkan perjanjian melebihi bulan Jun.

Menurut penganalisis, bagi menilai tahap pasaran minyak mentah, jumlah inventori merupakan faktor yang penting untuk diteliti dari semasa ke semasa.  

Adakah Sentimen Tragedi Serangan di Paris Mengganggu Dagangan Matawang Sesi Asia?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat