Adakah Sentimen Tragedi Serangan di Paris Mengganggu Dagangan Matawang Sesi Asia?

93

US Dollar meningkat sedikit dalam dagangan sesi Asia pada Jumaat selepas serangan pengganas di Paris menjelang pusingan pertama pilihanraya Presiden yang akan diadakan hujung minggu ini, sekali gus menambah kegelisahan kepada dagangan matawang Euro.

Seorang anggota polis terbunuh manakala dua yang lain cedera dalam serangan lewat malam tadi apabila seorang lelaki bersenjata api melepaskan tembakan di Pusat Bandar Paris.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matang gergasi berbanding enam matawang yang lain meningkat sebanyak 0.01 peratus kepada 99.72.

USD/JPY pula didagang sedikit berubah kepada 109.34 sehingga 0.03 peratus, manakala AUD/USD didagang sedikit menurun dalam sesi ini.

EUR/USD meningkat sebanyak 0.03 peratus kepada 1.0717.

Menurut penganalisis kajian FXTM, Lukman Otunuga dalam satu nota, ketidaktentuan politik yang masih berulang di Eropah akan menyebabkan Euro memasuki trend bearish dalam jangka panjang dan meletakkan harga di paras yang lebih rendah.

Semalam, US Dollar menjunam berbanding matawang utama pada Khamis kerana dipengaruhi oleh data ekonomi yang lemah, manakala Euro didagang agak tinggi menjelang pilihanraya Presiden.

US Dollar kekal di landasan untuk mengakhiri minggu ini dengan dagangan negatif selepas tuntutan faedah pengangguran dilaporkan meningkat sebanyak 10,000 bagi minggu berakhir 15 April.

Dalam laporan berasingan, Fed Philadelphia berkata bahwa indeks perkilangan Philly meningkat kepada pelarasan bermusim sebanyak 22.0 daripada 32.8 pada bulan sebelumnya berbanding jangkaan sebanyak 25.0.

Di tempat lain, Euro terus didagang lebih tinggi walaupun keraguan terhadap keputusan pilihanraya masih mempengaruhi sentimen semasa.

Kota Paris “Berdarah” Beberapa Hari Menjelang Pilihanraya Presiden!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat