Pasaran Minyak Mentah Merosot Menjelang Mesyuarat OPEC+

159

Harga minyak mentah global kini teruskan penyusutan dengan minyak Brent ke arah $80 per tong disebabkan para pelabur menunggu mesyuarat OPEC+ pada hujung minggu ini bagi merangka perjanjian pengawalan bekalan bagi tahun 2024.

Minyak mentah Brent susut 39 sen (0.5%) kepada $80.19 per tong dan minyak mentah West Texas Intermediate AS juga susut 44 sen (0.6%) kepada $75.10.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kontrak ini meningkat sedikit pada minggu lalu. Keuntungan minggu pertama disokong oleh ramalan berkenaan Arab Saudi-Rusia yang bakal melancarkan pemotongan bekalan sukarela hingga awal 2024 dan OPEC+ mungkin membincangkan rancangan untuk mengurangkan lagi bekalan itu.

Minggu lepas, harga minyak mula menunjukkan penurunan selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu mereka termasuk Rusia (OPEC+) menangguhkan mesyuarat menteri kepada 30 November untuk menyelesaikan masalah perbezaan sasaran pagi pengeluar Afrika.

Menurut penganalisis ING, sentimen pasaran kekal pada arus negatif memandangkan pertikaian dalam OPEC+ mengenai kuota pengeluaran masih tergantung. Manakala, Arab Saudi menjangkakan akan melancarkan pemotongan sukarela tambahannya sebanyak 1 juta tong sehari pada tahun depan.

Penganalisis Goldman Sachs bula berkata bahawa menjelang mesyuarat OPEC+, dianggarkan minyak mentah yang dieksport oleh negara-negara OPEC+ akan merosot 1.3 juta tong sehari di bawah pada paras April.

Emeriah Arab Bersatu (UAE) merancang untuk meningkatkan eksport minyak mentah Murban menjelang awal tahun depan berikutan mandat baharu OPEC+ dan penyelenggaraan kilang penapisan.

Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan sedikit lebihan pasaran minyak pada 2024 walaupun negara-negara dalam kumpulan itu melanjutkan pemotongan.

Seperti yang diramalkan, harga minyak akan stabil selepas ketegangan geopolitik reda di Timur Tengah berikutan gencatan senjata di Gaza bagi membuka ruang dalam pertukaran tebusan dan tahanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat