Pasaran Minyak Mentah Terus Dorong Penurunan Harga USD/CAD Lebih Rendah

415

Harga minyak mentah dilaporkan terus paparkan peningkatan untuk hari ke-6 berturut-turut berikutan jangkaan bekalan yang terhad sementara kadar permintaan dilihat semakin meningkat.

Pelabur menilai pelonggaran langkah sekatan pandemik pada ekonomi-ekonomi utama bakal merancakkan semula permintaan minyak mentah.

Malah minyak mentah WTI dan Brent mencatatkan lonjakan harga masing-masing ke paras sejak Julai lalu dan tertinggi sejak Oktober 2018.

Sentimen positif pasaran minyak mentah global telah memberi sokongan terhadap pengukuhan dolar Kanada berikutan minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD juga, harga telah menunjukkan corak penurunan sejak minggu lalu memberi isyarat pergerakan Loonie yang lebih baik mengatasi US dolar.

Sejak Khamis lalu, harga telah pamerkan penurunan dari paras ketinggian 1.28000 sehingga ke paras 1.26000 setakat hari ini (Selasa) dengan 200 pips penurunan dicatatkan.

Namun pada awal sesi Eropah hari ini, harga meningkat semula selepas mencecah ke paras support 1.26000 tersebut.

Kenaikan harga walau bagaimanapun masih belum memberi isyarat perubahan trend di samping terhalang oleh paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sekiranya trend bearish harga masih diteruskan, harga yang susut lebih rendah di bawah zon 1.26000 bakal mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu berkemungkinan ke paras tumpuan sekitar 1.25400 dan zon support 1.25000.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan untuk isyarat awal perubahan trend bullish, harga akan menguji rintangan terhampir pada zon 1.27000 sebelum kembali semula ke paras terjunan harga Khamis lalu pada 1.28000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat