Pasaran Minyak Terus Bergelora Angkara 2 Faktor Ini

330

Pasaran kini dihimpit kebimbangan yang meningkat bahawa prospek kemelesetan global akan melemahkan permintaan minyak, menyebabkan dagangan komoditi hitam dibuka rendah pada awal sesi Asia.

Penutupan Covid-19 yang berterusan di China dan kenaikan kadar faedah oleh Amerika Syarikat menyebabkan pasaran bimbang bahawa ia akan menjejaskan ekonomi gergasi Asia itu sekali gus memberi impak pada permintaan.

Namun, pada masa yang sama harga minyak turut mendapat sokongan daripada rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk melaksanakan sekatan ke atas minyak Rusia yang pastinya akan menimbulkan tekanan lebih berat buat bekalan dunia.

Ini mendorong dagangan minyak untuk kekal stabil pada sesi dagangan Asia, di mana niaga hadapan minyak Brent diperdagangkan pada sekitar $112 setong dan WTI Amerika Syarikat pula pada $109 setong.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada beberapa negara EU seperti Hungary dan Bulgaria. Pada hari Ahad, Bulgaria mengatakan ia akan mendapatkan pengecualian daripada rancangan tersebut jika dibenarkan.

Perbincangan mengenai cadangan tersebut dilaporkan akan diteruskan pada minggu ini, yang pastinya akan menimbulkan ‘gelora’ dalam pasaran tenaga dan minyak mentah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat