Pasaran NFT Pun Kena Tempias Keruntuhan Harga Bitcoin (BTC)!

383

Pasaran kripto yang galau turut memberi tempias kepada pasaran non-fungible token (NFT).

Berdasarkan pemerhatian terbaru, setiap projek NFT terkenal – misalnya, Bored Ape Yatch Club (BAYC) mencatatkan penyusutan harga lantai sehingga lebih 10% dalam 24 jam, didagangkan pada nilai terendah 82 ETH.

Manakala CryptoPunks susut lebih 4% dengan harga lantai bernilai 63 ETH dan koleksi NFT Clone X – Takashi Murakami susut lebih 3%, mencatatkan harga lantai pada 12.5 ETH.

Dapatan yang dikumpulkan oleh Dune Analytics mendapati jumlah dagangan NFT di kebanyakan platform NFT memaparkan penyusutan sejak 31 Januari lagi.

Lebih parah apabila Bitcoin (BTC) berdepan dengan pembetulan harga pada 10 Februari, OpenSea salah satu platform yang menyaksikan keruntuhan besar dalam jumlah dagangan NFT.

Pun begitu, ketika artikel ini ditulis, beberapa koleksi NFT di OpenSea menunjukkan peningkatan rekod dagangan dengan catatan tertinggi 876.81%, 1,061.23 ETH milik DEGEN TOONZ COLLECTION.

NFT Doodles juga mencatatkan lonjakan jumlah dagangan dengan rekod 43.88%, mencecah 2,145.32 ETH; Mutant Ape Yacht Club (MAYC) meningkat hampir 24% (3,769.57 ETH); dan CryptoPunks lebih 18% (3,192.1 ETH).

Tidak pasti sejauh mana keruntuhan pasaran kripto akan berterusan. Mungkin, jika krisis Rusia-Ukraine terus memberi kesan kepada pasaran kripto tidak mustahil pasaran NFT juga akan mengikut rentak yang sama.

Namun, boleh juga menjadi sebaliknya.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat