Rusia-Ukraine Semakin Parah, Pasaran Kripto Terus Melungsur Bawah!

3,082

Harga Bitcoin (BTC) pada pagi ini semakin keruh, mencatatkan nilai dagangan $37,039, susut lebih 5% dalam 24 jam ketika penulisan artikel.

Penganalisis juga tidak memberi jaminan lonjakan harga BTC dalam masa terdekat selagi mana krisis antara Ukraine dan Rusia masih berlanjutan.

Pada tengah malam tadi waktu tempatan Malaysia, presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengumumkan hasratnya mahu satukan dua wilayah di timur Ukraine – Luhanks dan Donetsk sebagai entiti bebas.

Pada masa yang sama, figura itu juga telah mengarahkan pasukan pertahanan negara untuk melancarkan misi pengaman di wilayah tersebut.

Pun begitu, keputusan tersebut menimbulkan pelbagai emosi apabila kebanyakan negara – Amerika Syarikat, Perancis, dan Jerman memilih untuk memihak kepada Ukraine.

Sebagai rekod, presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky juga enggan Putin ‘membuat sesuka hati’ ke atas negaranya.

Salah seorang penganalisis daripada Quantum Economics, Jason Deane mendakwa buat masa sekarang sukar untuk mencari aset yang benar-benar menawarkan prestasi yang baik sepanjang masa ketika ketidaktentuan situasi global.

Jelas Deane lagi, “Pasaran akan menjadi lebih membimbangkan jika perbalahan dua negara itu menelan tempoh masa yang lama.”

Ethereum (ETH) juga tidak ketinggalan mencatatkan nilai dagangan $2,579, susut 5%, lebih rendah daripada paras $2,600 selepas berlegar di zon harga tersebut selama dua hari.

Koin metaverse dan non-fungible token (NFT) turut berduka dengan prestasi yang jauh lebih teruk.

Decentraland (MANA), The Sandbox (SAND), Axie Infinity (AXS), Theta Network (THETA), GALA, FLOW, dan Tezos (XTZ) masing-masing telah susut lebih 12%-16% dalam tempoh yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat