3 Faktor Ini Mengeruhkan Pasaran Kripto, BTC Susut Lebih 9%!

2,963

Bitcoin (BTC) pamerkan pengukuhan harga di atas paras $44,700 sejak 15 Februari sebelum kecundang didagangkan pada $40,683 ketika artikel ini ditulis.

Penyusutan harga BTC sebanyak lebih 9% dalam tempoh tiga hari turut mengheret pasaran altcoins ke paras yang mengecewakan, kecuali aset stablecoins.

Dua faktor yang boleh dipertimbangkan mengenai reaksi harga pasaran kripto pada hari ini:

  • Ketegangan hubungan Rusia-Ukraine
    • Rusia menghalau keluar Timbalan Duta Besar Amerika dan menuduh AS telah mengabaikan tuntutan keselamatan Kremlin.
    • Setiausaha Pertahanan AS dakwa tentera Rusia menghampiri sempadan Ukraine.
    • Kecairan BTC dan aset kripto yang lain dijangka akan meningkat sehingga 10%-15% dalam masa terdekat.
    • Pun begitu, Ukraine telah mengesahkan BTC sebagai mata wang di negara itu ketika kegawatan di sempadan negara.
  • Inflasi
    • Ketua pegawai pelaburan, merangkap rakan pengurusan ExoAlpha, David Lifchitz menyifatkan ketegangan dua negara itu mengalihkan tumpuan dunia daripada isu inflasi.
    • Lifchitz juga mendakwa konflik ini akan berpanjangan dalam beberapa bulan sahaja tetapi isu inflasi berlanjutan beberapa tahun dan mungkin lebih teruk yang dijangka.
    • Pun begitu, inflasi yang sedia ada sebenarnya menjadi lebih parah susulan daripada ketegangan Rusia-Ukraine.
  • Pengumuman Perintah Eksekutif
    • Presiden Joe Biden dijangka akan laksanakan perintah eksekutif pada minggu depan.
    • Perintah tersebut melibatkan pasaran kripto dan mata wang digital bank pusat (CBDC).
    • Wujud tekanan kerana mungkin Biden akan meneruskan legasi bekas presiden: Donald Trump dan Barrack Obama

Ketika penulisan, BTC kini berada di dalam zon harga $30,000 dan $50,000, didagangkan pada $40,672 dengan penyusutan lebih 7% dalam 24 jam.

Jika benarlah kecairan aset akan berlanjutan dan menyebabkan pembetulan harga, tidak mustahil BTC akan susut ke paras $33,000. Tetapi BTC akan menyentuh semula paras $48,000 jika keadaan kembali reda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat