Putin Bikin Gegar! Pasaran Matawang Kembali Berisiko

1,512

Risiko kembali meningkat dalam pasaran selepas harapan untuk menyaksikan pertemuan dua pemimpin Amerika Syarikat dan Rusia kian pudar susulan kenyataan Kremlin bahawa mereka tidak mempunyai perancangan mengenainya.

Situasi ini diburukkan lagi dengan laporan mengenai cubaan pencerobohan sempadan Rusia-Ukraine di Rostov pada Isnin yang telah mendorong peningkatan mata wang safe-haven pada sesi sebelum ini.

Hal ini sekali gus memacu mata wang yen mencecah paras ketinggian hampir tiga minggu berbanding US dolar, sementara dagangan swiss franc pula ke puncak tertinggi satu bulan.

US dolar yang biasanya juga dianggap sebagai safe-haven turut mencatatkan peningkatan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama pada sesi Asia hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf dua wilayah di timur Ukraine (Luhanks dan Donetsk) sebagai entiti bebas pada Isnin dan mengarahkan tentera Rusia untuk melancarkan ‘operasi pengaman’ ke kawasan itu.

Tindakan Putin telah mengakibatkan AS dan Eropah mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia dan meningkatkan lagi ketegangan dalam krisisnya dengan Ukraine.

Ketidakpastian ini mendorong dolar Aussie dan kiwi yang sensitif dengan risiko didagangkan di bawah tekanan dengan mencatatkan kemerosotan yang terhad.

Dalam pada itu, mata wang euro dan pound pula terus jatuh lebih rendah disebabkan lonjakan US dolar. Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK yang dikeluarkan semalam menunjukkan bacaan bercampur pada Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat