“Hmm kalau macam tu semua pelabur kripto pakat tunggu bila pasaran saham nak jatuh.”
Semasa seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) menyaksikan pergerakan mendatar, pelabur Amerika Syarikat (AS) Michael Burry mendedahkan ramalan harganya untuk pasaran saham AS.
Setelah melakukan pemfailan terbaru bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), Scion Asset Management iaitu firma dikaitkan dengan Burry menjangkakan indeks saham utama akan mengalami penurunan.
Namun perlu diperhatikan sama ada penyusutan sedemikian dapat menyebabkan harga BTC melonjak sama seperti sebelum ini ketika AS menghadapi krisis bank pada awal tahun 2023.
Dilaporkan bahawa Scion Asset Management telah membeli saham Invesco QQQ Trust Series 1 bernilai $740 juta dan S&P 500 pada $900 juta, di mana kedua-duanya membentuk sekitar 93% daripada jumlah nilai portfolio Burry.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan kejatuhan nilai saham AS dapat memberi impak positif kepada pasaran kripto susulan pedagang berkemungkinan lebih berminat dengan BTC sebagai pelaburan berisiko tinggi.
Susulan kebanyakannya berpendapat pergerakan mendatar berpanjangan untuk kripto membawa makna nilainya akan melonjak, keyakinan di kalangan pelabur mengenai kelulusan pemfailan spot BTC ETF telah semakin meningkat.
Bukan itu sahaja, BTC juga diramal melonjak tinggi pada masa hadapan ekoran jangkaan Federal Reserve (Fed) mungkin tidak akan menaikkan kadar faedah semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada September 2023.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC mendaki sebanyak 0.49% pada paras $29,362 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $571 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan sekitar 0.79% sepanjang minggu lepas.