Pasaran Saham AS Kembali Mengukuh

183

Pasaran saham Amerika Syarikat kembali meningkat selepas suram pada hari Selasa susulan dengan berita ekonomi yang lebih baik dari China dan keputusan kerajaan Hong Kong menarik balik cadangannya yang boleh dianggap kontroversi untuk mengekstradisi rakyat ke tanah besar China. Keuntungan dalam sektor tenaga turut membantu peningkatan ini.

Saham utama seperti saham dari syarikat pembuat cip yang diketuai oleh Micron Technology dan Intel melonjak dengan harapan untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Laporan dari Buku Beige Federal Reserve pada bulan Ogos menyebut secara amnya, ekonomi tempatan telah terkesan daripada perang dagangan yang berlaku di antara AS dan China.

Indeks utama di AS masing-masing menunjukkan peningkatan. Indeks Dow Jones naik 237.45 mata kepada 26,355.47 mata, S&P 500 naik 31.51 mata kepada 2,937.78 mata manakala Nasdaq juga naik 102.72 mata.

Berita politik dari United Kingdom termasuklah undi di Parlimen bagi menangguhkan keputusan UK meninggalkan Kesatuan Eropah pada akhir Oktober kecuali ada kesepakatan sedikit sebanyak memberi sedikit kesan kepada pasaran saham AS. Ini adalah kali kedua Perdana Menteri UK Boris Johnson tewas di dalam pengundian dalam masa dua hari.

Harga minyak juga melonjak di mana West Texas Intermediate (WTI) meningkat $2.32 kepada $56.20 setong. Minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras harga minyak mentah dunia, mendahului $60 setong untuk kali pertama sejak Khamis, menetap pada harga $60.70 setong, naik $2.44. WTI meningkat kira-kira 24% pada tahun ini manakala Brent pula meningkat 12.8%.

Daripada 30 saham Dow Jones, hanya 3 saham yang tidak menunjukkan kenaikan iaitu UnitedHealth Group, Pfitzer dan Merck. Untuk S&P 500, General Electric dan Foot Locker antara penyumbang kepada peningkatan indeks itu manakala Tyson Food dan Ulta Beauty antara syarikat yang tidak begitu cemerlang prestasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat