Pasaran Saham Asia Dan Minyak Melompat Ke Bulan

403

Komen dari Federal Reserve (Fed) bantu Wall Street memasuki rali sekaligus dorong saham di Asia melonjak.

Selain itu, ketegangan yang berterusan di Ukraine membuatkan harga minyak dan sumber mencanak, menandakan petanda buruk inflasi global.

Kuasa barat mengetatkan lagi sekatan terhadap Rusia selepas bandar ke-2 terbesar Ukraine, Kharkiv dibom.

Pakar ekonomi pasaran Capital Economics, Thomas Methews, berpendapat pelabur bimbang akan *stagflation-lite yang menandakan sekatan akan membawa lebih banyak inflasi di pasaran membangun dan melembabkan pertumbuhan ekonomi.

*Pertumbuhan ekonomi yang lemah dan kadar inflasi yang tinggi.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun lompat 0.4%, melepasi paras terendah 15 bulan baru-baru ini, sementara Nikkei Jepun tambah 1.0% dan ledakan komoditi membuatkan sumber Australia naik 0.9%.

Wall Street membuat lantunan semalaman dengan niaga hadapan S&P 500 turun separuh dan niaga hadapan Nasdaq Composite susut 0.2%.

Komen Jerome Powell

Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menyatakan bahawa kadar faedah akan dinaikan sebanyak 25 mata asas bagi bulan ini (Mac) dan perang di Ukraine secara tidak langsung memberi kesan keputusan tersebut.

Namun, Powell turut memberi amaran kemungkinan Fed akan bertindak lebih agresif andai inflasi terus meningkat.

Ekoran daripada itu, beberapa aset safe-haven berundur dari perbendaharaan dan hasil 10 tahun kembali pada 1.878% daripada 1.682% pada Selasa.

Bon Eropah turut mengundur dari keuntungan yang dicatat sebelum ini selepas data menunjukkan inflasi di zon Eropah mencanak 5.8% pada Januari, seterusnya memberi tekanan kepada European Central Bank (ECB).

Pasaran mata wang menyaksikan Euro kekal pada $1.1112 dan dolar naik 115.53 Yen selepas Yen didagangkan lemah.

Indeks dolar mencapai paras tertinggi sejak Jun 2020 pada 97.834.

Emas didagangkan pada $1,929 per auns dan naik 2% ekoran permintaan tinggi pada aset safe-haven.

Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) naik 36 sen pada $110.96 setong sementara harga minyak Brent canak 9% pada $114.54.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat