Pasaran Saham Asia Melonjak Dipacu Oleh Prestasi Wallstreet

35

Pasaran saham Asia melonjak pada Isnin mengikuti jejak langkah Wallstreet apabila data pekerjaan NFP US minggu lalu menunjukkan prestasi pasaran pekerjaan yang semakin kukuh.

Pasaran saham Eropah secara majoriti sedang didagang positif setakat pukul 3.30 petang dalam awal pembukaan sebentar tadi. Dax di Frankfurt didagang 0.18% lebih tinggi setakat ini, dengan CAC40 naik 0.35%. Manakala FTSE100 di UK naik 0.22%.

Indeks MSCI Asia Pasifik tidak termasuk Jepun ketika ini naik 0.6%.

Nikkei di Jepun ditutup 0.53% lebih tinggi hari ini dipacu oleh prestasi di Wallstreet.

Pengukuhan US dolar pada Jumaat semakin berkurangan dengan kebanyakan pasangan matawang utama membuat ‘pembetulan harga’ (correction) selepas data pekerjaan naik 209,000 melebihi jangkaan pasaran dengan kajian semula bacaan sebelum itu.

Pengukuhan dalam pasaran pekerjaan menguatkan potensi kenaikan kadar inflasi secara beransur-ansur ke paras sasaran 2% dan memberi lebih ruang kepada bank pusat untuk mula mengurangkan penyata imbangannya tahun ini.

US dolar juga mendapat sokongan daripada faktor polisi apabila komen dari Pengarah Majlis Ekonomi Kebangsaan Gary Cohn yang mengatakan pihak pentadbiran sedang berusaha dalam perancangan cukai yang akan membawa keuntungan syarikat kembali semula ke US.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain bergerak di sekitar 93.28 setakat pukul 3.47 petang, susut 0.14% dari paras penutup Jumaat.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat