Pasaran Saham Catat Suku Terburuknya Sejak 2020 Atas Beberapa Faktor

204

Ketika menjengah suku pertama 2022, pasaran saham global mencatat kerugian suku terbesarnya sejak 2020 di mana ketika itu penyebaran virus dan isu pandemik Covid-19 mengoncang dunia.

Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada catatan terburuk tersebut adalah kebimbangan pelabur mengenai kemelesetan dan perang Rusia-Ukraine yang mendorong penjualan, seterusnya membuatkan saham AS merosot lebih 1.5% semalam.

Berdasarkan pengimbangan semula portfolio bagi suku pertama 2022 oleh Jabatan Perbendaharaan AS, terdapat peningkatan permintaan bagi bon dan penurunan hasil walaupun keluk hasil Perbendaharaan AS dalam penyongsangan selepas ia terbalik sebentar pada Selasa.

Umumnya penyongsangan keluk hasil, yang mana perbendaharaan jangka pendek hasil lebih daripada hutang jangka panjang, sebagai petanda kemelesetan.

Menurut Nicholas Colas, pengasas bersama DataTrek Research, penyongsangan pada keluk hasil adalah satu isyarat yang menyatakan pulangan ekuiti AS pada masa depan agak mengecewakan.

Terangnya lagi, dengan risiko geopolitik yang memberi kesan kepada kenaikan harga minyak, ia hampir pasti bahawa pulangan pada 2022 adalah negatif walaupun hasil perbendaharaan jatuh bawah 2 tahun.

Selaras dengan lonjakan hasil, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS naik ketara pada suku pertama walaupun ia berundur pada 2.343% semalam.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial susut 1.6%, S&P 500 turun 1.6% dan Nasdaq Composite jatuh 1.5%.

Bagi pasaran Eropah, STOXX 600 hilang 0.94% dan bagi suku pertama 2022, ia merosot sebanyak 6.5% iaitu penurunan terbesarnya sejak permulaan 2020.

Indeks ekuiti MSCI dunia, jatuh 1.3% dengan penurunan terburuk sukunya dalam 2 tahun pada 5.7%.

Penganalisis ANZ Bank Australia menyatakan bahawa aset berisiko kekal terdedah memandangkan musim pendapatan AS akan bermula sekitar 11 April, maka ramai menjangkakan gelombang penurunan taraf pendapatan.

Dalam pada itu, keyakinan pelabur mengenai penyelesaian antara Rusia dan Ukraine semakin pudar apabila Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata tiada penyelesaian pantas dijangka serta negara itu sedang bersiap sedia untuk serangan baru.

Sementara itu, Bitcoin jatuh 2.8% pada US$45,771.20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat