Pasaran Saham Melantun Semula, Sentimen Keyakinan Pelabur Memulih

313

Pasaran saham Wall Street melihat saham-sahamnya melantun dari kejatuhan 2 hari lepas dan hasil perbendaharaan mengundur selepas pelabur mencerna kenyataan Federal Reserve (Fed) mengenai peningkatan kadar faedah tahun ini seperti yang dijangkakan.

Pengerusi Fed, Jerome Powell menyatakan jangkaan Fed akan menaikan kadar faedah dan penamatan pembelian aset akan berlaku tahun ini namun masih belum menetapkan masa bagi pengetatan polisi monetari tersebut.

Nota yang dikeluarkan oleh penganalisis ANZ Bank Australia menyatakan sentimen pelabur memulih ekoran komen dari Jerome Powell mengenai kesediaan Fed mengetatkan polisi monetari tersebut bagi mengekalkan kestabilan harga.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.51%, S&P 500 tambah 0.92% dan Nasdaq Composite capai 1.41%.

Indeks STOXX 600 pan -Eropah naik 0.84% dan tolok saham MSCI seluruh dunia tambah 0.94%.

Penanda aras hasil 10 tahun mengundur pada 1.741% selepas mencatat paras tertinggi 2 tahun melebihi 1.8% semalaman.

Hasil perbendaharaan 2 tahun turun 0.8966% dari paras tertinggi Febuari 2020 pada 0.945%.

Dalam pada itu, pemulihan sentimen ke arah risk-on telah menyebabkan dolar Amerika Syarikat (AS) turun dengan indeks dolar jatuh 0.34% pada 95.614 sementara Euro naik 0.3% pada $1.13670.

Dolar yang lemah turut memberi manfaat kepada jongkong dimana spot emas tambah 1.2% pada $1,822.75 per auns dan niaga hadapan emas capai 1.34% pada $1,822.50 per auns.

Harga minyak naik $82 setong hasil sokongan bekalan ketat dan harapan penyebaran varian Omicron tidak menjejaskan pemulihan permintaan global dengan minyak mentah AS naik 3.82% pada $81.22 setong dan minyak Brent canak 3.52% pada $83.72.

Bitcoin naik 2.1% pada $42,722.21 daripada penurunan dibawah $40,000 pada hari sebelumnya yang pertama sejak September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat