Pasaran Saham Merudum Dilanda Kebimbangan Pertumbuhan

191

Suasana pasaran bertukar kelam bermula semula apabila indeks harga pengguna (CPI) United Kingdom (UK) diterbitkan dengan angka melonjak 9% sementara pecutan inflasi di Kanada dilihat bergerak pantas.

Ia secara tidak langsung turut menyebabkan saham-saham global menyusut, tatkala USD dolar mengukuh selepas kejatuhan 4 sesi sebelum ini.

Tolok MSCI saham seluruh dunia menyusut 2.74% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah ditutup rendah 1.14%.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industial jatuh 3.56%, S&P 500 hilang 4.03% dan Nasdaq Composite gugur 1.14%.

Beberapa penganalisis meramalkan aset berisiko akan terus mengalami penurunan menjelang pengakhiran bulan 5 dengan sentimen ketidaktentuan makroekonomi terus menyelubungi pasaran.

Sementara aset berisiko mengalami penurunan, safe-haven dolar dilihat mengukuh sehari selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengesahkan hasrat pergerakan agresif dalam kenaikan kadar faedah bagi memerangi inflasi.

Indeks dolar naik 0.58% sementara Euro turun 0.8% pada $1.0463 dan Yen Jepun kukuh 0.92% pada 128.23 per dolar.

Selain itu, hasil Perbendaharaan jatuh 8.1 mata asas pada 2.890% sungguhpun konsensus pasaran kekal apabila penanda aras hasil nota 10 tahun cecah paras tertinggi 1 minggu sebanyak 3.015% ekoran komen Powell.

Ringkasan komoditi menyaksikan harga emas sedikit berubah di sebalik sentimen risk-off pasaran dengan spot emas naik 01.% pada $1,816.06 per auns.

Rumusan Data CPI UK dan Kanada

Bacaan inflasi UK yang melonjak 9% merupakan paras tertingginya sejak 1982 apabila kos tenaga mencanak tatkala inflasi Kanada meningkat 6.8%, hasil doronggan kenaikan harga makanan dan tempat tinggal.

Perkara ini akan terus memberi dorongan kepada bank-pusat pusat di seluruh dunia untuk menaikkan kadar faedah, sugguhpun harga meningkat dengan pantas di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat