Pasaran Sambut Baik Perdana Menteri Baru UK Rishi Sunak!

257

Rishi Sunak menjadi tumpuan utama pelabur pada awal minggu susulan kemenangannya sebagai Perdana Menteri baharu UK, yang dilihat dapat meredakan kebimbangan terhadap prospek ekonomi dan menstabilkan pasaran.

Sunak menjadi perdana menteri termuda UK, menggantikan kepimpinan Liz Truss yang diturunkan selepas 6 minggu pelantikannya akibat belanjawannya yang telah ‘menghuru-harakan’ pasaran.

Reaksi pasaran menyaksikan mata wang pound kembali melonjak berbanding US dolar, di mana sebelum ini ia merosot berikutan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang mengecewakan.

Anggaran awal bagi sektor pembuatan menunjukkan pengurangan ketara dalam pengeluaran sektor swasta UK ke paras terlemah 29 bulan, manakala aktiviti perkhidmatan menguncup buat pertama kali dalam 20 bulan.

Selain itu, pasaran saham UK turut memperlihatkan peningkatan dengan FTSE 100 menokok 0.6%, namun berprestasi rendah dalam pasaran Eropah yang lebih luas di mana STOXX 600 meningkat 1.2%.

Hasil bon kerajaan UK 10 tahun pula turun pada 3.78%, disokong oleh harapan pasaran terhadap pelantikan Rishi Sunak.

Sementara itu beralih kepada perkembangan US dolar, raja mata wang itu terus mengekalkan penurunan yang dicatatkan sejak Jumaat setelah diperlihatkan dengan bacaaan data menyuramkan.

Kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat berada dalam penguncupan pada bulan Oktober, menyaksikan aktiviti perkilangan merosot ke paras terlemah sejak Jun 2020.

Sementara sektor perkhidmatan pula turut mencatat penguncupan selepas pembekal perkhidmatan melaporkan penurunan keluaran kedua terbesar dalam tempoh hampir dua setengah tahun.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan susut 0.2% pada sekitar harga 111.75 pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat