Pasaran Semakin Buntu Dengan Pasaran A.S, Data Terkini Tidak Banyak Membantu!

276

Laporan pasaran buruh hari menunjukkan bahawa jumlah rakyat A.S yang mengemukakan tuntutan awal untuk faedah pengangguran telah mencatat kejatuhan lebih tinggi dari jangkaan pada minggu lalu. Walaubagaimanapun angka 837,000 yang mengemukakan tuntutan dilihat masih berada pada tahap yang tinggi setelah enam bulan negara AS dilanda Covid-19.

Angka jumlah tuntutan pengangguran menunjukkan kejatuhan yang berterusan dengan jumlah terkini secara keseluruhan ialah sebanyak 11,767 juta.

Dalam laporan terpisah, menunjukkan bahawa para pengguna telah menunjukkan kejatuhan dalam angka kesanggupan untuk berbelanja. Pendapatan peribadi jatuh 2.7% pada bulan Ogos yang merupakan kejatuhan ketiga dalam empat bulan. Dalam masa yang sama, pertumbuhan perbelanjaan peribadi jatuh kepada 1% daripada 1.5% yang dikecapi pada bulan Julai. Jumlah perbelanjaan menunjukkan bahawa sekumpulan harga perbelanjaan pengguna peribadi, ukuran inflasi pilihan Rizab Persekutuan, meningkat kepada 1.6%, melebihi jangkaan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 93.828 setakat jam 9.20 p.m.

 

 

Anda mungkin juga berminat