Pasaran Semakin Optimis, Kemungkinan ‘No Deal’ Dilupakan!

277

Rundingan Brexit terus menjadi isu hangat teutamanya untuk pedagang pound sterling dan euro. Pada har ini, menteri kanan Britain telah mengeluar kenyataan bahawa terdapat kemungkinan rundingan perdagangan berakhir dengan tanpa kesepakatan perdagangan kerana kedua-dua belah pihak masih belum mencapai kesepakatan dalam isu penangkapan ikan, peraturan pentadbiran dan isu perdagangan selepas 31 Disember.

Hanya tinggal 30 hari sebelum Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi. Setakat ini kedua-dua belah pihak masih berusaha semampu boleh untuk mementerai perjanjian perdagangan agar dapat mengelak dari menanggung jumlah kos perdagangan yang akan menelan hampir $ 1 trilion setahun.

Perancis baru-baru ini telah menyuarakan pandangan bahawa Britain haru menjelaskan prinsipnya dan menggesa agar UK untuk menggunakan masa yang singkat ini dengan sebaik mungkin.

Michael Gove yang merupakan ahli kabinet Britain mengatakan bahawa kedua-dua pihak semakin hampir untuk mencapai kesepakatan namun hal tersebut tergantung kepada tolerasi dari dua arah. Dalam masa yang sama, Gowe tidak menolak bahawa adanya kemungkinan bahawa terjadi ‘no deal’.

Matawang pound meningkat kepada 1.3336 iaitu sebanyak 0.11% kerana sebilangan pemain pasaran optimis bahawa perjanjian Brexit akan dicapai.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat