Pasaran Sudah TIdak Terkesan Terhadap Varian Omicron? Ini Perkara Yang Perlu Diketahui!

395

Matawang Euro, dolar Australia dan matawang utama yang lain kembali pulih berbanding US dolar apabila sentimen pasaran bertukar lebih positif terhadap prospek ekonomi pada hari Rabu walaupun kes varian Omicron kian melonjak dan para pelabur telah bersiap siaga untuk berhadapan turun naik harga lebih banyak.

Lira Turki dilihat semakin stabil dan mengekalkan keuntungannya baru-baru ini selepas nilainya jatuh menjunam. Pengukuhan ini didorong oleh langkah baharu Presiden Tayyip Erdogan untuk mengawal simpanan Turki daripada turun naik.

Pergerakan pertukaran matawang asing sebahagian besarnya kecil, dengan jumlah dagangan lebih tipis menjelang musim cuti.

Matawang Euro dilihat lemah pada awal sesi sebelum mengukuh sebanyak 0.33% kepada paras dagangan 1.1319 berbanding US dolar. Dolar Australia pada awalnya kehilangan sebanyak 0.4%, susut kepada $0.7121 kemudian mengukuh 0.50% berbanding US dolar. Hal yang sama juga berlaku kepada matawang NZD. Perkara ini disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik apabila saham minyak dan global meningkat.

Sterling walaubagaimanapun menokok 0.50% kepada $1.3316, walaupun data menunjukkan ekonomi Britain berkembang lebih perlahan daripada yang dijangkakan.

Waima begitu, Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.30% kepada paras dagangan 96.210.

Menurut penganalisis matawang, kebiasaanya pasaran akan berhadapan volatiliti yang rendah menjelang Krismas. Namun pada tahun ini, pasaran berhadapan dengan sentimen penularan varian Omicron yang berkemungkinan memaksa kerajaan mengenakan langkah sekatan.

Penularan varian Omicron terus menghadirkan cabaran pada pemain pasaran dengan jangkitan semakin meningkat di seluruh Eropah, Amerika Syarikat dan Asia, menyebabkan negara-negara di seluruh dunia mempertimbangkan sekatan baharu pergerakan dan mengenakan semula tempoh kuarantin untuk pelawat yang akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat